'Datuk Gong' dijumpai di surau


Ada pihak yang tidak bertanggungjawab ingin memecah belahkan masyarakat


By Huzraifah Atikah

Tidak boleh dinafikan bahawa memang ada pihak yang cuba memecah belahkan keharmonian masyarakat Malaysia dengan mengacau sentimen agama dan perkauman.

Dalam keadaan seperti ini, masyarakat janganlah mudah melatah dan terpengaruh.

Jika tidak, nanti akan mudah diperalatkan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu untuk menabur benci sesama kita. 

Satu kekecohan terjadi di Taman Pendamar Indah, Pelabuhan Klang pada Feb 21, apabila patung Datuk yang dilaporkan hilang, telah di temui di surau berhampiran.

Ini bukan kebetulan dan mana mungkin patung itu mampu untuk bergerak sendiri. Tetapi secara warasnya, patung itu penting bagi warga yang menyembahnya, maka logikkah untuk mereka sendiri yang meletakkan patung itu sembarangan?

Penjaga surau Mohd Yatim Omar, 64, menjumpai patung itu bersebelahan pintu masuk utama Surau Sabilul Huda pada pukul 4 petang.

“Ketika saya pulang selesai solat Zuhur semua dalam keadaan baik. Namun, apabila saya datang balik ke surau untuk solat Asar, patung itu telah diletakkan di situ," katanya.

“Saya sangat terkejut dan tidak tahu apa motif mahupun mana-mana individu yang meletakkan patung tersebut. Tambahan pula, surau ini tidak dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV),” tambahannya.


Menurut pihak polis, dalam masa yang sama seorang individu berusia 50 tahun telah mendakwa bahawa patung Taoisme Datuk Gong kepunyaannya telah di curi. 

“Kali terakhir pengadu lihat Patung Datuk Gong itu ialah kira-kira jam 4 petang semalam selepas dia membersihkannya. Jarak rumah pengadu ke surau kira-kira 50 meter,” kata Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli.

Shamsul berkata patung Datuk Gong tersebut yang bernilai kira-kira RM300 itu diletakkan di luar rumahnya, dekat dengan pintu depan yang tidak berkunci.

Mohd Yatim juga dilaporkan telah menyerahkan patung Datuk Gong itu kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Beliau mengaku kecewa dengan perbuatan itu yang baginya seolah-olah menghina ajaran Islam.

Namun begitu, usaha pihak tidak bertanggungjawab yang meletakkan patung itu disurau untuk memecah belahkan masyarakat nampaknya sia-sia.

Netizen dilihat lebih bijak untuk tidak mengambil serius perkara tersebut dan menganggap hal itu tidak akan mengeruhkan keharmonian agama yang ada di negara ini. 

Rata-ratanya, netizen dari semua kaum juga turut bergurau mengenai perkara tersebut di laman Facebook, mereka berkata: