Kulit Wajah Kendur? Lakukan Urutan Ini Untuk Tegang dan Cantik


Urutan mampu cantikkan kulit wajah


By ienaeliena

Tahukah and bahawa urutan wajah dikatakan mampu mencantikkan kulit terutama buat anda yang sudah mengalami masalah tanda penuaan. Setiap kali memandang cermin dan menatap satu persatu garis serta tanda penuaan yang mula muncul pada wajah tentu saja akan merisaukan ramai wanita.

 

Tanda penuaan kulit ini dapat dilihat pada kedutan, kenduran dan geleber yang berpunca daripada pelbagai faktor. Selain faktor usia, antara faktor penuaan kulit ialah peredaran darah yang perlahan serta kehilangan keanjalan kulit.


Pakar Estetik Dr Ahmad Mokhtar berkata, kehilangan volum mengubah struktur dan bentuk wajah menjadikan ia tampak lebih berusia, kurang berkontur dan mengendur.


Menurut beliau lagi, wajah kelihatan menawan ketika muda kerana pengagihan volum yang sekata pada kulit menjadikan wajah

seperti  'segi tiga kecantikan'; dibentuk tulang pipi tinggi, kontur licin dan bulat, cengkung, garis rahang dan garis leher yang sempurna.

 

Urutan dan rawatan wajah menjadi amalan kecantikan sejak dulu untuk membantu wanita memelihara kecantikan, keremajaan dan seri wajah. Anda boleh berkunjung ke pusat kecantikan yang menyediakan rawatan wajah agar dapat membantu mencantikkan dan menenangkan otot wajah dengan lebih berkesan.

 

Selain dari mengunjugi pusat kecantikan anda juga boleh melakukan urutan wajah dirumah. Anda tidak perlu khuatir kerana pada hakikatnya sesiapa saja boleh melakukan urutan wajah sendiri di rumah mahupun di pejabat.

 

Luangkan masa sekurang-kurangnya 10 hingga 15 minit setiap hari, pasti anda berjaya mengekalkan keremajaan kulit walaupun pada usia yang semakin meningkat.

 

Kebaikan urutan wajah untuk membantu mengekalkan kecantikan

anda:

 

• Urutan ialah senaman yang membantu melembutkan otot dan menguatkan tisu.

• Dapat mengurangkan garis penuaan dan menjadikan wajah kelihatan lebih muda.

• Merangsang saraf dan salur limfa.

• Melancarkan peredaran darah sekali gus menambah nutrisi kepada kulit.

• Memperbaiki ton kulit dan penampilan secara am.

• Melegakan tekanan.




 

Panduan Urutan Wajah

 

Ada beberapa panduan yang perlu anda ketahui untuk mengurut wajah iaitu:

 

1. Bersihkan muka terlebih dulu, basuh tangan dengan sabun dan bilas menggunakan air suam. Ikat

rambut anda dengan kemas bagi mengelakkan kemungkinan kekotoran dari rambut berpindah ke muka.

 

2. Pilih produk yang bersesuaian. Urutan muka memberi peluang untuk kulit menyerap kandungan

produk yang anda gunakan. Haba dari tangan dan yang terhasil ketika proses urutan membantu produk

masuk ke dalam kulit dengan lebih baik. Inilah sebabnya anda perlu memilih produk terbaik yang

bersesuaian dengan keperluan kulit masing-masing.

 

3. Anda boleh mengurut muka sejurus selepas melakukan rutin pembersihan dan penjagaan wajah.

Urutan selama dua minit sehari dapat membantu melengahkan kemunculan kedutan halus dan

menenangkan fikiran anda. Lebih baik jika urutan ini dilakukan dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan

petang.

 

4. Mengurut dengan tangan sudah mencukupi. Bagaimanapun, tidak salah jika anda mahu menggunakan

peralatan lain yang direka untuk mengurut wajah. Manfaatkan jari anugerah Allah ini sepenuhnya

kerana urutan dengan jari memberi kesan yang baik. Sama ada menggunakan jari atau peralatan urut,

pastikan ia bersih.

 

5. Urutan wajah beri manfaat tambahan. Untuk mendapat manfaat tambahan ini, urut wajah dalam

pergerakan yang memberi rangsangan pada kulit. Jika kulit anda sensitif dan mudah berjerawat, urut

secara perlahan-lahan dan lembut. Ia membantu kulit jadi berseri.

 

Proses Urutan Wajah

Anda juga boleh rujuk pada rajah di bawah untuk proses urutan wajah yang boleh anda lakukan di rumah.