Malaysia Antara 10 Pasport Paling Berkuasa Di Dunia


Pasport Malaysia


By Mr Spiky

Ramai yang tertanya apakah yang dimaksudkan dengan passport paling berkuasa. Untuk pengetahuan kamu, definisi  tersebut bermaksud kebebasan untuk melawat ke mana-mana negara tanpamemerlukan VISA mahpun akses larangan.





 

 Bagi tahun 2019, Passport Index telah mengeluarkan senarai kedudukan terkini pasport antarabangsa dengan menyaksikan kedudukan teratas dimiliki oleh negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) sekaligus menyaksikan rakyatnya boleh terbang bebas ke 167 negara tanpa sekatan VISA.

 

Malaysia Naik Dua Anak Tangga

Dalam senarai itu turut memperlihatkan Jerman kini berada di tangga kedua manakala Singapura turut jatuh satu anak tangga dengan berada di tangga ketiga berkongsi kedudukan dengan Amerika Syarikat.



 

Jika tahun lalu Malaysia berada di tangga ke sepuluh, bagi tahun 2019 pasport negara kita melonjak dua anak tangga yang kini berada di ranking ke-8 dunia sebagai pasport paling berkuasa di dunia.

 

 

Afghanistan Pasport Paling Tidak Berkuasa Di Dunia

 

Bagaimana pula dengan pasport yang tidak berkuasa? Adakah mereka masih dibenarkan keluar dari negara mereka? Masih boleh! Tetapi perlu dingatkan, banyak negara yang mengenakan sekatan mahupun VISA kepada negara yang tergolong dalam senarai passport yang tidak berkuasa ini.

 

 Menduduki negara terendah adalah Afghanistan yang mempunyai akses hanya kepada 29 negara, diikuti Iraq (32 negara), Pakistan (35 negara), Syria (36 negara) dan Somalia (38 negara).

Senarai 10 Pasport Paling Berkuasa Di Dunia

 

1. United Arab Emirates (167)

2. Germany (166)

3. Denmark, Sweden, Finland, Singapore, Luxembourg, France,

Italy, Netherlands, Spain, Norway, South Korea dan USA (165)

4. Belgium, Austria, Japan, Greece, Portugal, Switzerland, Ireland

and Canada dan United Kingdom (164)

5. Czech Republic dan Hungary (163)

6. Malta dan Iceland (162)

 7. New Zealand, Slovenia, Poland, Lithuania, Slovakia, Latvia dan

Australia. (161)

8. Estonia, Malaysia (160)

9. Romania and Bulgaria (158)

10. Cyprus and Liechtenstein (157)