Kenapa Fasha Sandha Perlu Hadiri Kursus Kahwin Buat Kali Kedua?


Fasha Sandha dan tunangnya, Mohd Aidil atau Pak Ngah


Bakal mendirikan rumahtangga buat kali kedua bersama tunangnya, Mohd Aidil Abdul Aziz, 32, yang juga seorang pelakon, Fasha Sandha telah menimbulkan tanda tanya ramai apabila dia sekali lagi menghadiri kursus kahwin buat kali kedua. 

Menghadiri kursus kahwin bersama tunangnya yang lebih mesra disapa sebagai Pak Ngah, Fasha Sandha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sanda Hassan, 34, kelihatan cukup ayu mengenakan busana tradisi Melayu berserta tudung bawal rona biru cair. 

Menjelaskan tentang tindakannya menghadiri kursus kahwin tersebut, Fasha berkata, dia tahu dia tidak sepatutnya menghadirinya lagi. 

"Tapi...tidak apalah. Takut lupa macam mana nak jadi isteri balik. Belajar sekali lagi. Semoga semuanya dipermudahkan," kata Fasha dalam posting Instagramnya. 

Posting Instagram itu dimuat naik pada pagi tadi.




Fasha dan Aidil telah melangsungkan pertunangan pada 18 November tahun lalu. Sebelum ini Fasha pernah mendirikan rumahtangga dengan usahawan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012.

Fasha dan Rizal  bercerai 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia 5 tahun dan Putri Raysha Jemyma, 4.