Dilantik Duta Persatuan Payung Terjun Malaysia, Tahniah Mira Filzah


Mira Filzah dilantik sebagai duta Persatuan Payung Terjun


Dek kerana gemar melakukan aktiviti lasak seperti skydiving, artis muda serba boleh, Mira Filzah atau nama sebenarnya  Nur Amirah Filzah binti Badioezaman, 26, telah dilantik sebagai Duta Persatuan Payung Terjun Malaysia. 

Majlis perlantikan iti telah diadakan pada hari ini dan surat perlantikan tersebut telah diserahkan oleh  Presiden Persatuan Payung Terjun Malaysia, Kapten Amar Ab Aziz kepada Mira Filzah sendiri. 

Mengenakan pansuit berwarna jingga yang terang dan ceria, kegembiraan nyata terpancar di wajah pelakon, pengacara, model dan usahawan wanita Malaysia tatkala menerima surat perlantikan tersebut beserta sut payung terjun. 


Tahniah Mira Filzah. Nampaknya lepas ini, kita akan dapat melihat Mira Filzah melakukan banyak aktiviti yang melibatkan payung terjun. Ada sesiapa yang nak join Mira tak?