D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat Murah, Pilihan Warga Shah Alam!


D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat Murah


By Mr Spiky

Makanan berasaskan Steamboat dan Grill seperti satu trend buat masa ini. Bermula dari hanya di ‘food truck’ di tepi jalan, makanan urban ini telah dijadikan sebagai menu utama buat sesetengah pengusaha restoran.


Untuk itu, kami tampilkan sebuah restoran makanan steamboat dan grill yang cukup popular di Shah Alam, D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam.



 

Buat penduduk di sini, pastinya sudah ketahui akan restoran yang sudah lama beroperasi ini. Biarpun sudah lama, namun makanan mereka disini sentiasa berkembang dan mendapat penambahbaikan dari semasa ke semasa.

 

Buktinya, kami sendiri sudah beberapa kali berkunjung ke sini dan menu nya juga semakin bertambah mengikut citarasa pelanggan!

 

 

Pilihan Pelbagai Menu

 

Selain dari bahan-bahan yang boleh dimakan untuk hidangan steamboat dan grill, pengunjung juga boleh menikmati sajian lain yang dihidangkan secara buffet.

 

Teppanyaki, Nasi Lemak D’Kayangan, Nasi Briani,Kueytiaw Goreng, 12 pilihan perisa aiskrim dan kek antara sajian yang boleh kamu cuba di sini.