Raf Yaakob Bangga Mawar Rashid Berjaya Tamatkan Konvo


Mawar Rashid hadiri konvokesyen di Management and Science University


Dalam sarat-sarat mengandung, model dan pelakon Mawar Rashid telah berusaha gigih untuk menamatkan pengajiannya di dalam jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan (Diploma in Business Management) di Management and Science University. Penat lelahnya itu nampaknya berbaloi kerana dia telah pun dikurniakan sijil Diploma tersebut setelah menghadiri majlis konvoskesyennya semalam. 

Tahniah buat Mawar Rashid! Usaha dan kegigihan awak untuk menimba ilmu serta menamatkan pengajian walaupun terpaksa membahagikan masa dengan kerjaya lakonan dan tanggungjawab sebagai isteri apatah lagi sekarang ini dalam keadaan yang sarat mengandung wajar dijadikan contoh dan tauladan buat masyarakat. 

Apapun, orang yang paling happy dan paling bangga dengan kejayaan Mawar Rashid itu tidak lain tidaa bukan adalah suami tercintanya, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf Yaakob yang juga adik kepada chef selebriti, penyanyi dan pakar motivasi, Datuk Fazleey Yaakob. 

"Tahniah Anje (panggilan mesra buat Mawar). Tidak ramai yang tahu tentang hal ini dan saya tahu kamu juga jenis yang tidak akan bercerita tentang segalanya. Kamu lebih gemar berdiam diri.

"Sepanjang hidup kamu, kamu sering disalahertikan tentang banyak perkara. Mereka menggelarkan kamu dengan bermacam nama. tidak apalah. Maafkan mereka dan biarkan sahaja mereka. 

"Tak kenal maka tak cintakan? Hanya keluarga dan rakan-rakan yang akrab sahaja yang mengenali kamu luar dan dalam. Jadi, bersabarlah, sentiasa merendah diri dan ceria seperti selalunya," kata Raf dalam satu posting yang didedikasikan buat Mawar. 



Katanya lagi kepada Mawar, menamatkan pengajikan memerlukan disiplin dan ketabahan apatah lagi ketika sibuk menjadi seorang aktres, anak perempuan yang menyara keluarga, menjadi isteri dan ibu pada masa yang sama. Namun, kamu melakukan dengan penuh dedikasi dan kesabaran. 

"Ingat pesan Abang ni sampai bila-bila. Ujian dari Allah Swt diberikan kepada hamba-hambaNya yang terpilih dan Allah SWT takkan memberi ujian di luar kemampuan hambaNya. Dan jangan kita lupa bersama ujian itu, ada juga pertolongan dan peningkatan yang Allah SWT dah janjikan pada kita. Look at where you are today! Alhamdulillah..

"Today is your convocation day. I just wanna say that I AM VERY PROUD OF YOU MY LADY. You must know that selagi Abang masih bernyawa, I’ll always be by your side and support you in whatever you do dan Abang sentiasa doakan supaya Anje terus sukses dan berjaya dalam hidup. 

"Semoga Allah Swt sentiasa melindungi keluarga kita dan memberi kebahagian rumah tangga kita till jannah. Ameen Allah Humma Ameen. Congratulations again from me. Love, your sweet Raden," tulis Raf. 

Sweet tak? Sweetkan? Mesti ramai wanita di luar sana yang berdoa agar Tuhan mengirimkan seorang jejaka yang baikd an penyayang seperti Raf. Apapun, tahniah sekali lagi buat Mawar!