“Buat akaun Instagram anak bukan untuk raih pengikut” – Elvina Mohamad


Datin Elvina dan suami, Datuk Mohd. Haniff serta anak sulungnya, Karl Mateen


By Syafiqah Azman

Memang sekarang trend semasa buat selebriti untuk membuka satu akaun Instagram (IG) buat anak-anak mereka. Jika dahulu, anak baru sahaja lahir kita buka akaun simpanan duit tapi sekarang lain pula ya gayanya. 


Terbaru, pelakon, Datin Elvina Mohamad dan suami Datuk Mohd. Haniff Borhan yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama iaitu Karl Mateen telah membuka satu akaun Instagram buat anaknya. 

Jelas Elvina mengenai akaun tersebut, dia menafikan dakwaan sesetengah pihak mengenai kemunculan akaun tersebut sebagai satu cara untuk menjana pendapatan. 

Menerusi mStar online, Elvina menyatakan bahawa suaminya yang ingin membuka akaun tersebut untuk menyimpan segala perkembangan anak sulungnya. 

“Akaun itu dibuka oleh suami saya sendiri dan ia untuk memuat naik gambar-gambar Karl untuk dijadikan memori apabila dia besar nanti,” jelas Elvina. 


Tambahnya lagi, dia dan suami sama sekali tidak ingin meraih pengikut di Instagram anaknya kerana akaun tersebut diletakkan dalam mod privasi. 

Tidak mengapa lah kalau Elvina dan suami ingin membuka akaun Instagram buat anaknya sebab sekarang kan dunia digital, mana ada lagi orang guna kamera filem betul tak? 

Terdahulu, kontroversi mengenai orang ketiga di dalam perkahwinan Elvina dan suami menjadi tumpuan netizen apabila Elvina sendiri memuat naik status di ruangan Instagram story. 

Elvina dan Hanif telah sah bergelar suami isteri pada 18 Mac 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata sulung pada awal Disember lalu.