Bahaya 'doula' tidak diiktiraf


Doula beperanan sebagai peneman atau pendamping sebelum, ketika atau selepas kelahiran seorang ibu yang hamil.


By Nadhirah Sofea Rashid

Isu doula kini menjadi buah mulut netizen di media sosial gara-gara sesetengah doula menolak nasihat dan kepakaran doktor bertauliah.

Hal ini mengancam keselamatan nyawa ibu yang mengandung dan anak yang bakal dilahirkan.

Eh, sekejap! Apa tu doula?

Buat yang tidak mengenali doula, doula beperanan sebagai peneman atau pendamping sebelum, ketika atau selepas kelahiran seorang ibu yang hamil.

Mereka bukanlah pakar perubatan. Mereka sama sekali tidak boleh menyambut atau menyediakan rawatan kepada ibu yang melahirkan. 

Rata-rata netizen berkongsi pengalaman ngeri mereka ketika menggunakan perkhidmatan doula.


Dr Imelda Balchin, seorang profesor dan konsultan perbidanan dan sakit puan Universiti Malaya dalam Facebooknya menyeru masyarakat supaya untuk mempertimbangkan hasrat sekiranya ingin menggunakan khidmat doula.

Caj yang dikenakan untuk perkhidmatan doula ini tidak kurang mahalnya. 

Jadi, apa alasan sebenar sesetengah masyarakat menggunakan khidmat doula ini?

Ada yang menggunakan alasan seperti aurat, trauma menjalani pembedahan ketika bersalin ditambah lagi dengan layanan buruk kakitangan perubatan di hospital.

Perkara-perkara seperti inilah yang menjadikan sesetengah masyarakat menggunakan khidmat doulah yang tidak pernah diikitiraf ini.

Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menyaran golongan doula untuk tampil dalam satu sesi janji temu dengan KKM bagi mendapatkan maklum balas mengenai amalan tersebut.

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pendekatan tersebut perlu kerana amalan doula memerlukan satu pengurusan yang baik kerana ia melibatkan aspek kesihatan dan nyawa seseorang.

"Kita perlu adakan perbincangan dengan mereka secara langsung, sebab akhirnya jika kita benar-benar mahu mengizinkan amalan doula, ia mesti dilakukan dengan penuh tanggungjawab, prosedur operasi standard (SOP), dan syarat yang tersendiri.

"Mesyuarat pasca kabinet sering kali membincangkan perkara ini, bahawa perbincangan harus diadakan dan amalan itu perlu melalui pemerhatian dan pengurusan baik supaya tidak timbul kemudaratan. Kita mahu mengadakan janji temu untuk mereka tampil ke hadapan, sama ada individu, kumpulan atau organisasi untuk kita wujudkan amalan lebih baik dan elak kemudaratan," katanya.

Jadi, apa kata anda?

Seeloknya dapatkanlah khidmat doktor pakar yang diiktiraf bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingin berlaku.