“Salah anggap, suara kemek bukan buat Sufian Suhaimi” – Azmeer


Azmeer dan Sufian Suhaimi selesai isu suara kemek


By Syafiqah Azman

Kalau anda ingat lagi tentang kemenangan penyanyi Di Matamu, Sufian Suhaimi dengan Persembahan Terbaik ketika Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) pasti anda akan mengingati mengenai isu suara kemek yang dikatakan oleh ketua juri, Azmeer. 

Difahamkan, komen mengenai isu suara kemek berkenaan adalah buat karyawan baharu dan bukan ditujukan buat Sufian Suhami mahupun finalis AJL33. Siapa yang buat cerita ni? 

Menerusi mStar online, salah faham antara Sufian dan juga Azmeer akhirnya selesai apabila keduanya telah bertemu empat mata dan menyelesaikan perselafahaman ini. 

“Saya langsung tidak menujukan suara kemek itu buat Sufian Suhaimi, namun ia telah disalah anggap oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab,” jelasnya ketika ditemui di Universiti Utara Malaysia, Kuala Lumpur semalam, bersama Sufian. 

Komposer terkenal yang turut merupakan tenaga pengajar di pusat pengajian tersebut menjadikan universiti terbabit sebagai tempat pertemuan bersama Sufian. 

Dalam masa yang sama, Sufian turut menjelaskan yang dia sedikit pun tidak berasa kecil hati mengenai isu tersebut kerana pernah mengalami isu yang lebih besar dari itu. Bagus Sufian ya, sedikit pun tidak melatah. 

“Saya sendiri dah terbiasa dengan kritikan mengenai suara saya dan tidak ambil hati pun dengan isu ‘suara kemek’ ni,” tambah Sufian. 

Terdahulu, Sufian diumumkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik menerusi lagu Di Matamu ketika di pentas AJL33. Persembahan yang telah memukau penonton itu mendapat banyak pujian terutamanya dari Penyanyi Nombor 1 Negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza. 

BACA: Sufian Suhaimi Tersentuh Siti Nurhaliza Puji Persembahannya