Kata Betty Rahmad, Nabila Huda Berani Mati!


Nabila Huda


Tak tahu apa sebabnya pelakon Nabila Huda memuatnaik posting gambar ini di akaun Instagramnya, tapi barangkali cuba untuk melihat sejauh mana reaksi netizen melihatnya mengenakan pakaian sport bra. 

Segelintir fans tegar Nabila Huda yakin bahawa pasti akan ada segelintir netizen yang akan menjadikan posting tersebut sebagai bahan kecaman mereka dan ternyata telahan mereka itu benar belaka. 

Ada yang menganggap Nabila Huda bakal menjadi ahli neraka, ada yang pula yang berpendapat Nabila sengaja mencari perhatian, tidak kurang juga yang mengatakan ia adalah suatu tindakan yang bodoh. 

Namun, akhirnya segelintir netizen yang digelar makcik bawang oleh fans tegar Nabila Huda ini dikecam semula kerana sengaja memanaskan ruang komen posting Instaram pelakon berkaliber tersebut. 

Sementara itu beberapa selebriti tempatan juga nampaknya terkejut dengan keberanian Nabila. Betty Rahmad yang juga adik kepada pelakon dan produser drama/filem Erma Fatima memberikan komen: "Eh berani mati gambar you...''