Kamera V15 Setanding DSLR, Inovasi Canggih Produk Baru Vivo


Siti Nurhaliza bersama CEO Vivo Malaysia, Mike Xu dan duta terdahulu, Janna Nick


By Syafiqah Azman

Siapa pengguna telefon pintar jenama Vivo? Memang tak senang duduk rasanya apabila dapat tahu Vivo baru sahaja lancarkan telefon pintar baru iatu V15 Pro baru-baru ini. Ada sahaja idea kreatif dan inovatif mereka untuk mengeluarkan produk terbaru ya? 

Kalau sebelum ini, kita dapat lihat Janna Nick menjadi duta bagi Vivo V9, kali ini penyanyi Nombor 1 Negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza kembali menjadi duta buat kali kedua bersama Vivo. 


Tampil dengan teknologi AI dan skrin penuh yang direka khas buat telefon pintar V15 dan V15 Pro ini dan ia tidak berhenti setakat itu sahaja! Telefon pintar ini dilengkapi dengan AI triple camera yang menjadikan gambar lebih jelas seperti menggunakan kamera DSLR! 

Tambah pula dengan paparan cap jari yang canggih di skrin penuh telefon pintar ini! Canggih bukan? 

Apa yang menariknya, kali ini Vivo V15 dan V15 Pro menjadikan kamera hadapannya dengan gaya trendy kerana kamera akan automatik keluar atau ‘elevate’ apabila anda menukar mod untuk swafoto.  

Menggunakan teknologi yang sama seperti V11, V15 Pro juga turut dilengkapi dengan AI Face Beauty dan juga AI Portrait Framing.

Dengan Vivo, anda tidak perlu risau untuk berswafoto kerana kamera hadapan sahaja mempunyai 32 megapixel! Lepas ini boleh la berswafoto sakan ya! 

Dalam masa yang sama, Siti Nurhaliza turut berkongsi pengalamannya yang telah menggunakan Vivo V15 Pro terlebih dahulu dan padanya, kini, dia tidak perlu risau untuk berswafoto kerana dengan kamera Vivo V15 Pro, segalanya mudah. 


“Sebagai seorang penghibur, saya sering menggunakan telefon untuk ambil gambar dengan peminat dan sekarang saya tidak perlu risau sebab dengan Vivo V15 Pro, saya tidak perlu edit gambar,” jelasnya ketika ditemui di majlis pelancaran Vivo V15 Pro di Sunway Pyramid, Subang Jaya, pada Selasa lalu. 

Kalau anda nak tahu, Vivo V15 Pro dilengkapi dengan teknologi AI Super Night Mode di mana anda sendiri boleh menggunakan telefon pintar ini sebagai pengganti kamera DSLR apabila mengambil gambar di waktu malam. 

Bagi kamera utama telefon pintar ini, ia dilengkapi dengan 1/2.25inci sensor, f/1.8 apertur dan juga 48 juta pixel serta kebesaran sebanyak 0.8μm.

Untuk meningkatkan kualiti fotosensitiviti dan gambar, V15 Pro menggunakan teknologi 'four-in-one-pixel' di mana ia akan menggabungkan keempat-empat piksel berkenaan menjadikan gambar lebih terang dan berkualiti tinggi!  

Ha, waktu malam pun gambar masih lagi jelas dn mempunyai kualiti yang tinggi! Siapa yang tidak mahu bukan? 


Vivo V15 dan V15 Pro boleh didapati dalam dua warna iaitu Topaz Blue, warna biru yang pastinya menambat hati dan juga Coral Red, warna yang sangat ‘bold’ serta tampak berani! 

Jadi, tunggu apa lagi? Anda boleh dapatkan telefon pintar terbaru dari Vivo iaitu V15 dan V15 Pro di kesemua Vivo Concept Stores dengan harga Cuma RM1,799 sahaja! 

Tidak ketinggalan juga, jika anda dapatkan telefon pintar tersebut pada 2 Mac ini di Sunway Pyramid, anda bukan sahaja membawa pulang telefon baru malah ada hadiah percuma menanti anda! Siapa cepat dia dapat ya!