Remaja menangis dan meraung disakat polis kerana B055KU


Sambil berlinangan air mata, remaja tersebut bersungguh mencabut stiker.


By Nadhirah Sofea Rashid

Walaupun didakwa dengan bermacam jenis kes rasuah, mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak telah berjaya meraih populariti dengan tagline beliau iaitu 'Malu apa bossku'.

Tagline 'Malu apa bossku' menjadi buah mulut khususnya dalam kalangan belia. 

Ada yang mengatakan Najib cuba untuk mengambil hati mat rempit dengan bergaul dengan mereka.

Mana tidaknya, sebelum ini Najib ditemui beramah mesra dengan golongan belia dengan menaiki motor Yamaha Y15ZR 150cc.

Tagline tersebut menjadi cukup popular sehingga ada segelintir belia melekatkan stiker B055KU di motorsikal.

Namun, apa yang berlaku kepada seorang remaja lelaki ini cukup menggeli hati apabila dia disergah pihak polis gara-gara menampal stiker B055KU sebagai no plat motornya. 

Video tersebut viral di Facebook dengan jumlah tontonan lebih 80 ribu. 

Adalah menjadi kesalahan sebenarnya meletakkan no plat kenderaan yang palsu.

Walaupun remaja ini tidak mempunyai niat untuk melakukan jenayah, ia dapat mengundang bahaya juga.

Keadaan menjadi lebih gamat apabila remaja tersebut meraung apabila digertak oleh polis untuk digari dan dibawa ke balai sekiranya dia tidak menanggalkan stiker tersebut.

Sambil berlinangan air mata, remaja tersebut bersungguh mencabut stiker.

Abang-abang polis pun menyakat sampai meraung budak tu!

Semoga kejadian ini menjadi pengajaran kepada semua supaya tidak melanggar undang-undang walaupun tiada niat untuk membuat jenayah!