Amyra Rosli Sakit Perut, Masuk Hospital


Amyra Rosli dimasukkan ke hospital kerana sakit perut


By Syafiqah Azman

Pelakon, Amyra Rosli baru-baru ini telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur setelah mengadu sakit perut pada pagi Selasa. 

Menerusi laman Instagram Amyra sendiri, dia memuat naik beberapa fotonya baring di katil pusat perubatan tersebut. 


Rata-rata netizen memberi komen supaya Amyra cepat sembuh dan mendoakan kesihatannya kembali pulih. 

Pada masa yang sama, Amyra turut memuat naik satu kenyataan di ruangan story Instagramnya mengenai keadaanya setelah di buis untuk endoskopi. 


Amyra turut menjelaskan yang dirinya bukan hamil buat kali kedua dan masih lambat lagi untuk menceritakan mengenai hal itu. 

Amyra menjadi isteri yang sah kepada seorang pelakon Amar Bahrin pada November 2016 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia dua tahun. 

Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan kembali sihat ya!