Lebih 100k tandatangani petisyen wajibkan vaksin


Gambar sekadar hiasan


By Nadhirah Sofea Rashid

Sebuah petisyen dilancarkan bagi menyatakan sokongan terhadap kerajaan untuk mewajibkan program imunisasi kebangsaan. 

Petisyen ini dimulakan oleh sekumpulan pegawai dan pakar perubatan yang berusaha membendung bermacam mitos perubatan di media sosial. 

Kumpulan tersebut, Medical Mythbusters Malaysia melancarkan petisyen bertujuan untuk mengumpulkan sokongan orang ramai untuk menentang gerakan golongan anti-vaksin ini.

Ini berikutan peningkatan penularan penyakit cegahan vaksin seperti demam campak dan difteria yang dikesan semakin membahayakan kesihatan rakyat Malaysia.

Petisyen itu turut dilancarkan ekoran kewujudan golongan anti-vaksin yang bukan sahaja menolak sebarang suntikan vaksin, bahkan dipercayai telah mempengaruhi sebilangan ibu bapa di negara ini.

Setakat ini, hampir 102 ribu orang telah menandatangani petisyen itu.

Rata-rata netizen di media sosial turut menyatakan sokongan terhadap petisyen ini.