Tunggu empat jam disuruh balik, lelaki hilang sabar


Lelaki tersebut cuba ditenangkan oleh beberapa pekerja di pejabat tersebut.


By Nadhirah Sofea Rashid

Marah tak anda sekiranya kena menunggu berjam-jam untuk sesuatu urusan dan akhirnya disuruh pulang?

Pasti sakit hati, bukan?

Inilah yang terjadi pada seorang lelaki yang hilang sabar di sebuah premis kerajaan.

Sebuah video viral di media sosial memaparkan lelaki tersebut mengamuk gara-gara diarah balik oleh seorang petugas kaunter selepas menunggu selama empat jam.

Pengguna Twitter Hilmi Adi Ruzaini yang memuatnaik video tersebut mengatakan petugas kaunter memberi alasan kekurangan kakitangan dan sudah masuk waktu rehat.


Walau bagaimanpun, tempat dan masa tidak dinyatakan dalam video tersebut.

Rupa-rupanya ramai sebenarnya yang mengalami pengalaman yang sama ketika berurusan di pejabat kerajaan.

Rata-rata mereka tidak berpuas hati dengan etika dan layanan staf di pejabat kerajaan dan menggesa kerajaan untuk mengubah budaya ini.


Siapa yang tak marah apabila empat jam dibuang dengan sia-sia.

Banyak perkara yang boleh dilakukan dengan empat jam yang digunakan hanya untuk menunggu.

Apa kata anda? 

Pernah tak anda mengalami pengalaman yang sama?