“Aliff buat hal lagi…” – Bella Astillah


Bella Astillah luah rasa kecewa setelah dicurangi dua kali


By Syafiqah Azman

“Selepas Aliff habis shoot telemovie baru-baru ini, dia buat hal lagi dengan heroin yang bekerja bersamanya dalam telemovie tersebut.” 


Isteri kepada seorang penyanyi dan juga pelakon, Aliff Aziz iaitu Bella Astillah meluahkan perasaan kecewa apabila mendapat tahu suaminya mengulangi kesilapan yang berlaku dalam rumah tangga mereka dua tahun yang lalu. 


Menerusi Instagram, Bella, 25 telah memuat naik beberapa foto tangkapan skrin perbualannya bersama individu yang disembunyikan identitinya mengenai Aliff yang kelihatan berdua-duaan di dalam sebuah kelab yang terletak di Changkat, Kuala Lumpur. 

“Rupanya orang yang nasihat dan comfort saya selama ni orang yang sama-sama pergi kelab dengan Aliff, menari, pelik dan mabuk sama-sama,” tulisnya di kapsyen foto tersebut. 

Sejurus selepas Bella memuat naik posting tersebut, heroin bagi telefilem baru berjudul Dosa Itu Bukan Miliknya iaitu Oktovia Manrose menjelaskan bahawa dia dan Aliff tidak mabuk seperti yang diperkatakan. 


Tambah Oktovia, dia dan Aliff bukan berduaan kerana ada beberapa orang yang menemani mereka bagi mengelakkan fitnah. Tapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur kerana video yang dirakam sudah berada di tangan Bella. Betul tak?

Bella yang menyedari penjelasan Oktovia itu menyatakan bahawa apa yang mereka berdua lakukan adalah salah kerana Aliff merupakan seoarang suami dan ayah kepada anaknya. Dan tidak seharusnya Aliff dan Oktovia keluar pada pukul 3 pagi jika mahu menjelaskan sesuatu perkara.