Oktovia Manrose Mohon Maaf


Oktovia Manrose memohon maaf secara terbuka kepada Bella Astillah


By Syafiqah Azman

Kecoh di laman sosial hari ini apabila penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dikatakan buat hal lagi apabila isterinya Bella Astillah meluahkan rasa kecewa di laman Instagram. Isteri mana yang tak sedih kalau dapat tahu suamnyai curang, ye dak? 

Terkini, pelakon heroin yang digandingkan bersama Aliff dalam satu telefilem iaitu Oktovia Menrose memuat naik satu kenyataan di ruangan Instagram storynya. 

Menerusi posting tersebut, Oktovia memohon maaf secara terbuka kepada Bella kerana telah keluar bersama Aliff. 


“I tak nak tegakkan benang yang basah dan I nak minta maaf dengan apa yang berlaku,” tulisnya. 

Betul la tu, kalau dah sampai ada video membuktikan mereka berdua memang bersama di kelab malam, buat apa nak nafikan betul tak? Lambat laun orang akan tahu juga. 

Tambahnya lagi, kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini adalah di atas tindakan melulunya kerana berasa terkejut apabila menerima kecaman daripada netizen. 

“I terkejut dengan kecaman netizen sampai buat I melantun, it is really hurting me but I deserve it.” 

Dalam pada masa yang sama, Oktovia turut menyatakan agar Bella dan Aliff dapat menyelesaikan hal ini dengan baik dan mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga. 

Setakat ini, tiada lagi sebarang kenyataan yang dikeluarkan dari pihak Aliff sendiri. Mungkin mereka ingin menyelesaikannya secara private. Yelaa sebab ini melibatkan rumah tangga mereka sendiri. 

Pada 2017, Aliff pernah dikatakan curang dengan pelakon Afifah Nasir apabila mereka berdua ‘kantoi’ berduaan di pusat karaoke. 

Selepas insiden itu, Aliff juga didakwa mengasari isterinya yang pada ketika itu masih dalam pantang selepas melahirkan anak sulungnya, Ayden Adrean.