Ameera Zaini Tampil Dengan Tema Euphoria


Pengasas AZPrint, Ameera Zaini (kiri) menggunakan tema Euphoria dalam koleksi terbarunya


By Syafiqah Azman

Rasa teruja dan gembira bila melihat si pemakai mengayakan tudung bawal yang mempunyai corak bunga dan rama-rama. Itulah yang digambarkan oleh Ameera Zaini, pengasas bagi tudung AZPrint apabila menyatakan maksud euphoria itu sendiri. 

Bagi mereka yang tidak tahu, Ameera yang turut merupakan seorang pengacaracHijab Stailista dan telah membina empayar AZPrint selama hampir tujuh tahun sejak 2012. 

Kali ini, bertemakan Euphoria, Ameera memilih rama-rama dan bunga yang memberi makna kegembiraan buatnya kerana ia seperti mengimbau zaman kanak-kanak yang suka akan rerama. 

Menariknya, ini merupakan kali pertama Ameera melancarkan produk dari AZPrint sendiri kerana eksklusiviti pada corak dan rekaan tudung bawal tersebut. 


“Agak lama juga proses untuk keluarkan produk terbaru ni sebab Meera jenis yang cerewet. Susunan dan saiz setiap rama-rama datang dari Meera sendiri dan juga pemilihan material tudung sebab kita nak orang pakai dengan selesa,” jelas Ameera ketika ditemui di majlis pelancaran AZPrint di Gino Café, Isetan, KLCC. 

Kalau anda nak tahu, jenis kain yang digunakan bagi tudung kali ini adalah ‘satin’ yang berkualiti tinggi. Haa bukan sebarang kain satin tau! Dan yang penting, memang mudah nak bentukkan tudung anda. 

Tak payah susah-susah tiup berjam-jam nak bentukkan tudung lepas ni! Beli je AZPrint koleksi Euphoria okay? 


Sebagai seorang yang meminati tudung bawal, tidak dinafikan apabila bila memilih jenis kain untuk dibuat tudung, ia bukan satu tugas yang mudah. Bagi Ameera sendiri, dia inginkan sesuatu yang bukan sahaja dapat membuat si pemakai kelihatan menawan malah dapat memudahkan pemakai menyarungkan tudungnya. 

Betul la sebab kalau lihat sekarang, berlambak tudung di luar sana tapi apa yang orang ramai cari adalah kualiti jenis kain tersebut. Ingat senang nak kelihatan cantik ni? 


AZPrint Euphoria kali ini membawakan lima warna iaitu Bisque, Crimson, Periwinkle, Hazel dan juga Black dengan hanya RM89 sahaja. 

Tunggu apa lagi? Anda boleh dapatkan tudung ini secara online di www.ameerazaini.com atau di Isetan, KLCC dan juga Butik Ameera Zaini di Shah Alam.