Ifa Raziah Sedih Bila Tindakannya Belajar Bahasa Inggeris Dikecam!


Ifa Raziah


Artis serba-boleh Ifra Raziah yang kini mesra digelar Miss Diva melahirkan rasa sedih apabila tindakannya mempelajari bahasa Inggeris telah dikecam segelintir netizen.

"Sedih dengan sikap netizen bermulut bawang nih. Salah ke Miss Diva nak belajar bahasa Inggeris. Habis, kalau nakl belajar bahasa Ineggris salah, nak belajar apa lagi?," soal Ifa Raziah. 


Ifa Raziah meluahkan perasaannya sedih itu menerusi posting Instagramnya. 

Betulah kata Ifa tuh. Netizen pun satu. Apa salahnya Ifa Raziah belajar bahasa Inggeris. Timba ilmu untuk mempelajari bahasa pun satu perkara yang mulia tau. 

Siap pulak nasihatkan Ifa Raziah daripada sibuk belajar bahasa Inggeris lebih baik perkukuhkan imannya itu. Amboi, iman awak tuh pun dah cukup bagus ker? 



Menurut Ifa Raziah lagi., niatnya untuk mempelajari bahasa Inggeris adalah disebabkan kerana mahu memahirkan lagi skil komunikasinya di dalam bahasa antarabangsa itu. 

"Lagipun Bisnes SolidMolid yang Miss Diva tengah usahakan pun dah masuk pasaran luar negara," kata penyanyi, pelakon dan pengacara dan businesswoman ini. 

Jelas Ifa lagi, kalau ikutkan hati mahu sahaja dia memaki hamun balik netizen-netizen mulut puaka yang membawang dirinya serta mengganyang mereka cukup-cukup. 

"Tapi, tidak apalah, niat Miss Diva pun baik, just nak polish balik apa yang Miss Diva pernah belajar dulu dan nak tambah keyakinan diri bila berinteraksi dengan penonton bila nak jadi performer di atas pentas," katanya lagi. 

Tidak apalah Ifa. Pedulikanlah netizen-netizen tersebut. Yang penting Miss Diva tetap vazz hoccay...