Yuna Bakal Duet Bersama Bintang Hip-Hop Korea Selatan, Epik High


Yuna bakal berduet bersama Epik High


By Syafiqah Azman

Penyanyi, Yuna bakal tampil dengan sebuah lagu gandingan bersama bintang hip-hop Korea Selatan iaitu Epik High menerusi album terbaru kumpulan tersebut yang berjudul Sleepless In. 


Menerusi Soompi, berita gembira itu didedahkan oleh Epik High apabila mereka memuat naik beberapa foto di Instagram mengenai artis yang bakal muncul dalam album mereka. 

Selain Yuna, artis lain yang bakal muncul bersama Epik High adalah Sunwoo Junga, Suga (BTS), Crush dan juga Code Kunst. 

“Yuna dikenali sebagai protégé Pharrell William dan merupakan salah seorang yang mempunyai suara yang unik,” jelas salah seorang ahli kumpulan Epik High, Tablo. 

Tambahnya lagi, suara lunak yang dimiliki Yuna sangat sesuai dengan lagu yang telah disiapkan oleh mereka bersama album Epik High. 

Kalau anda nak tahu, album Sleepless In bakal dilancarkan pada 11 Mac ini. 

Hebat betul Yuna ya sampai ke Korea Selatan dah. Tetapi, nama Yuna sendiri memang tidak asing lagi dengan negara luar kerana kolabarasinya bersama penyanyi terkemuka seperti Usher, Owl City, Jhene Aiko dan juga G-Eazy. 

Sekarang ini kita tunggu pula single atau album terbaru dari Yuna ya! Bila agaknya ya Yuna?