Ibu Aliff Aziz Tak Memihak Menantu.., Sindir Bella?


Aliff Aziz, Bella, Ibu dan Bapa Aliff Aziz


By Syafiqah Azman

Ibu kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz iaitu Siti Hafizah Sheikh Mohamad telah memberikan komen mengenai isu yang terjadi di dalam rumah tangga Aliff dan Bella baru-baru ini. 

Menerusi akaun Facebook, Hafiza memuat naik status dan memberikan nasihat kepada pasangan tersebut supaya sentiasa bermuhasabah diri. 


“Terlajak perahu boleh ditarik balik, terlajak kata sangat buruk padahnya. Bisikan syaitan sangat halus di hati dan minda manusia, hanya iman yang dapat menyelamatkan kita,” tulisnya. 

Dalam entri yang sama, Hafiza turut memuat naik satu foto berbentuk nasihat mengenai aib seseorang yang harus dijaga. Daripada posting tersebut, nyata sekali posting itu ditujukan buat Bella, menantunya. 

Ya, dalam hal ini, mungkin Bella juga agak bersalah kerana terlalu cepat menggunakan platform sosial media untuk meluahkan tentang masalah rumahtangga serta kecurangan suaminya, Aliff dengan seorang pelakon wanita, Oktovia yang juga anak kepada penyanyi Iwan Dangdut. 

Namun, isteri mana yang tidak geram dengan sikap dan perangai playboy suami yang tidak pernah berubah. Selalu ibu kandung kepada Aliff, pasti Siti Hafiza sudah masak benar dengan perangai anak lelakinya itu.  

Pada Rabu yang lalu, dunia hiburan sekali lagi dikejutkan dengan berita kecurangan Aliff sekali lagi bersama  wanita, Oktovia Manrose yang berpasangannya dengannya sebagai seorang heroin dalam salah sebuah telefilem.

BACA: "Aliff buat hal lagi...." - Bella Astillah 


Bella yang mengetahui hal itu telah memuat naik satu posting di Instagram menerusi paparan skrin dan memberitahu terdapat sumber yang menyatakan suaminya curang di kelab malam. 

Bagaimanapun, Oktovia sudah pun memohon maaf dan mengakui segala kesilapannya kerana telah keluar berduaan bersama suami orang. 

BACA: Oktovia Manrose Mohon Maaf

Terdahulu, Aliff pernah menggemparkan dunia hiburan dengan berita kecurangannya bersama seorang pelakon, Afifah Nasir apabila ditemui berduaan di pusat karoeke. 

Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata, Ayden Ardean yang kini berusia 2 tahun.