Rami Malek Cetus Debat LGBTIQ+, Dituduh Cemar Moral Remaja Mesir


Rami Malek


Sekalipun kemenangan Aktor Mesir-Amerika, Rami Malek sebagai Aktor Terbaik di Oscar telah diraikan oleh penduduk di Timur Tengah khususnya di tempat asal ibu bapanya sendiri, namun ia juga turut mencetuskan kontroversi. 

Kemenangannya itu telah menyebabkan tercetusnya perdebatan hangat mengenai status komuniti LGBTIQ+ di Mesir. Malek telah memenangi Anugerah Academy sebagai Aktor Terbaik untuk watak Freddie Mercury yang dibawanya di dalam filem biopic Queen, Bohemian Rhapsody. 

Sejak dia membawakan watak ikon rock yang mengamalkan kehidupan gay itu, kebanyakan pengguna sosial media telah mengambil peluang untuk memperkatakan tentang nasib yang menimpa individu LGBTIQ+ di Mesir. 

Kebanyakan media di Mesir telah melaporkan betapa bangganya mereka dan seluruh penduduk Mesir dengan kemenangan Oscar Malek kerana dia dilahirkan di Amerika Syarikat oleh pasangan Mesir yang merupakan imigran di negara tersebut. 

Malah, kedutaan Mesir di Amerika Syarikat telah memuatnaik status tweet yang berbunyi: "Rami Malek telah membuatkan seluruh orang Mesir berasa gembira pada malam ini kerana menjadi Mesir-Amerika pertama yang memenangi Anugerah Academy". Ia turut disokong kebanyakan pengguna sosial media dari Mesir dan dunia Arab secara keseluruhannya turut melahirkan rasa gembira dan bangga mereka. 

Namun, beberapa pengguna sosial media pula telah mengkritik kenyataan yang dikeluarkan oleh kebanyakan media di Mesir dan tweet posting kedutaan Mesir di Amerika Syarikat itu. 

Kata mereka, apa yang dizahirkan oleh pihak media dan kerajaan adalah suatu bentuk hipokrasi kerana mereka yang mengamalkan gaya hidup homoseksual atau pun yang menyokong apa saja kegiatan homoseksual pasti akan dikenakan tindakan undang-undang. Jika Malek membawakan watak yang lebih kurang sama di Mesir, dia pasti akan dijatuhkan hukuman. 



Salah seorang ahli parlimen Mesir pula menganggap bahawa kemenangan Malek itu bertujuan untuk menjatuhkan moral kebanyakan remaja di Mesir. 

Menurut akhbar Egypt Independent, Ahli Parlimen Mesir, Mohamed Ismail yang juga Setiausaha Jawatankuasa Perumahan di Dewan Perwakilan Rakyat berkata, dia terkejut apabila pihak media di Mesir telah meraikan kejayaan Malek itu. 

"Saya terkejut dengan tindakan pihak media berbuat demikian kerana warak yang dibawakan Rami Malek itu sama sekali jauh berbeza dengan karektor sebenarnya. Dia cuba untuk menyebarkan homoseksual di kalangan remaja," katanya. 

Sekali homoseksual bukanlah sesuatu yang diharamkan di Mesir, namun pihak berkuasa polis seringkali memantau individu yang menggunakan pelacuran lama. 


Sebuah laporan media pada 2017 memberitahu bahawa polis Mesir, lelaki gay sering menjadi sasaran pihak polis Mesir menerusi aplikasi dating seperti Grindr. Malah, ada juga yang melaporkan bahawa mereka yang mempunyai kaitan dengan kegiatan komuniti pelik ini juga tidak terlepas daripada menerima hukuman. 

Pada tahun 2017, beberapa individu telah ditangkap kerana menaikkan bendera pelangi (rainbow) sewaktu menyaksikan konsert Mashrou Leila di Kaherah. Mereka ditahan serta didakwa atas tuduhan tuduhan "mempromosikan penyimpangan seks" serta  "menghasut keimanan."

Kumpulan itu juga turut diharamkan membuat persembahan di negara itu lagi, lebih-lebih lagi setelah penyanyi utamanya, Hamed Sinno secara terang-terangan memberitahu bahawa dia adalah gay.


Organisasi hak asasi manusia menganggap tindakan yang dikenakan ke atas golongan LGBTIQ+ sebagai keras serta keterlaluan. Apatah lagi bila beberapa individu yang ditangkap turut dipaksa melakukan pemeriksaan dubur untuk mengesahkan mereka telah melakukan hubungan seks gay atau tidak. 

Dalam laporan yang dikeluarkan Human Rights Watch pada April 2018, lebih 230 individu LGBTIQ+ telah dianggarkan berhadapan dengan hukuman sewaktu Presiden Abdel Fattah Al-Sisi memerintah, manakala lebih 50 oerang telah dipenjarakan. 

Laporan itu juga menyebut bahawa orang Kristian Koptik iaitu kumpulan minoriti yang menjadi susur galur keluarga Malek tidak terlepas menjadi diskriminasi undang-undang dan sosial yang meluas sejak sekian lama. 

Pada 2019, host TV Mesir, Mohamed Al-Ghiety telah dijatuhkan hukuman selama satu tahun apabila didakwa cuba mempromosikan homoseksual setelah mewawancara seorang lelaki gay.