5 Aksesori Ini Penting Untuk Kelihatan Muda


Aksesori


By ienaeliena

Siapa yang tidak mahu kelihatan muda? Pasti ramai yang ingin kelihatan muda walaupun sudah meningkat usia. Bagaimanapun untuk kelihatan muda, sudah pasti ada pelaburan atau ertikata yang mudah difahami pasti anda perlu keluarkan duit untuk membeli produk kecantikan ataupunmelakukan pembedahan plastik.

 


Namun begitu, tahukah anda, terdapat beberapa aksesori yang boleh membuatkan anda kelihatan lebih muda tanpa perlu mengeluarkan kos yang besar untuk melakukan pembedahan plastik. Antara aksesori yang boleh anda gunakan untuk kelihatan lebih muda adalah seperti berikut.

 

1. Stilettos

2. Scarf Berwarna-warni

3. Aksesori Rambut

4. Beg Tangan

5. Jam Tangan

 

STILETTOS

Kasut tumit tinggi menjadikan anda kelihatan tinggi, pintar dan muda. Malah, setengah wanita mengatakan stilettos mampu membuatkan seseorang kelihatan lebih berkeyakinan.



 

 SKAF BERWARNA-WARNI

Skaf berwarna-warni adalah cara yang baik untuk menambah seri anda. Perlu diingati bahawa warna sering dikaitkan dengan semangat dan tenaga. Terdapat pelbagai scarf yang boleh anda pakai contohnya skaf sutera yang mana ianya akan membuatkan anda kelihatan anggun dan nampak bergaya.



 

 AKSESORI RAMBUT

Rambut merupakan mahkota wanita, daripada anda biarkan rambut anda tanpa perhiasan adalah lebih baik anda pakai mengenakan aksesori pada rambut anda, contohnya pin rambut, reben, ataupun cekak rambut. Aksesori rambut biarlah sepadan dengan pakaian dan gaya anda bagi tidak kelihatan janggal.



 

 BEG TANGAN

Untuk kelihatan muda, pastikan anda memilih beg tangan yang bersesuaian dengan anda, sesuai dengangaya anda juga. Malah, yang paling penting berani dan jangan takut untuk memilih warna yang cerahuntuk kelihatan muda bergaya. Elakkan memakai beg yang berwarna gelap.



 

JAM TANGAN

Jam tangan banyak menggambarkan tentang anda. Oleh itu, elakkan dari memilih jam tangan yang membosankan . Dengan pelbagai reka bentuk yang terdapat di pasaran, cari dan pilih jam tangan yangkelihatan comel dan trendy . Pemilihan warna juga amat penting. Elakkan dari memilih warna yang kusam.