Mahu Ke Singapura? Ini Tips ‘Selamat’ Buat Kamu!


Singapura


By Mr Spiky

Singapura merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai tarikan menarik.Tidak hairanlah ramai rakyat Malaysia sering kali berkunjung ke kota singa itu apatah lagi, ia merupakan jiran terdekat negara kita.

 

Namun begitu, tidak ramai yang tahu dan mungkin ada yang serik ke Singapura kerana sering kali terkandas terlalu lama ataupun terlepas penerbangan. Semuanya gara-gara menunggu giliran terlalu lama di pemeriksaan Imigresen baik di Johor Bahru mahupun di Singapura.

 

Bagi kamu yang menaiki penerbangan terus ke Singapura mungkin akan selamat dari situasi ini tetapi bagaimana pula bagi mereka yang memilih untuk ke sana menaiki bas? Berikut kami tampilkan tips ‘selamat’ ini sebagai rujukan kelak.

 

 Tukar Wang Secukupnya



 

Meskipun kamu hanya merancang untuk ‘transit’ sementara di Singapura, pastikan kamu tukar wang sedikit mahupun secukupnya ke Singapura Dollar. Kita tidak tahu apa yang akan menimpa sekiranya berada di sana kelak bukan? Bagi kami yang sudah merasainya, cukup perit! Lebih baik sediakan payung sebelum hujan.

 

Grab Diletakkan Dalam Mood ‘Visa’

 

Ini adalah penyelamat kamu! Aplikasi Grab bukan sahaja boleh digunakan di Malaysia, malah negara seperti Thailand dan Singapura juga menggunakan aplikasi yang sama. Nasihat kami pastikan tetapan bayaran Grab kamu diletakkan dalam tetapan ‘Visa’. Ini kerana jika kamu tidak mempunyai wang di dalam Singapura Dollar, aplikasi ini mampu membantu kamu sekiranya terkandas.

 

Rancang Perjalanan Seawal Mungkin

 

Jika kamu fikirkan untuk bergerak ke pusat Imigresen pada saat akhir memandangkan sempadan kedua-dua negara ini begitu dekat, lupakan sahaja hasrat tersebut. Ini kerana kamu pasti akan beratur panjang untuk pemeriksaan Imigresen. Satu jam , dua jam atau barangkali tiga jam kena beratur! Untuk itu pastikan kamu merancang perjalanan sebaik mungkin. Jika kamu ingin berada di Kota Singa ini pada tengah hari, seeloknya kamu harus berada di pusat Imigresen seawal pagi. Lebih bagus jika kamu berada dua jam lebih awal daripada sasaran masa yang diinginkan.

 

Isi ‘White Form’ Terlebih Dahulu




 

Mungkin akan ada yang menganggap perkara ini sebagai yang remeh. Namun adalah lebih baik kamu mengisi ‘White Form’ ini lebih awal. Borang ini boleh dapatkan di kebanyakan hotel mahupun tempat tumpuan pelancongan di sekitar Johor Bahru.

 

Simpan Jadual Perjalanan Bas