Nelydia Senrose Bakal Kahwin Tahun Ini


Nelydia Senrose akui bakal berkahwin dalam masa terdekat


By Syafiqah Azman

Wah, dalam diam pelakon anggun ni membuat keputusan mahu berkahwin! Tapi perkara ini bukan rahsia lagi kerana dirinya sudah mengakui ingin mengikat tali perkahwinan pada tahun lepas lagi. 

Menerusi Twitter Nelydia, 24, dia menyatakan perasaan terujanya ingin pergi ke majlis ‘Bridal Shower’nya dan mengumumkan yang dia bakal berkahwin tidak lama lagi. 


Majlis yang dibuat secara tertutup di sebuah hotel Kuala Lumpur itu dihadiri oleh keluarga dan teman rapatnya sahaja. 


Manakala, menerusi Instagram kakaknya, Uqasha Senrose, dia memuat naik satu video menunjukkan Nelydia membaling bunga ketika di majlis ‘Bridal Shower’ semalam dan kelihatan anggun menggayakan satu gaun berona putih. 


Majlis tersebut turut menggunakan hashtag #myotherhafeznel yang merupakan gabungan nama Nelydia dan pasangannya, Hafez. 

Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Senrose telah menjalinkan hubungan dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Hafiz pada April tahun lalu. 

Tahniah buat Nelydia dan pasangan! Semoga segala urusan berjalan dengan lancar!