BLUE Bawakan Lagu-Lagu All Time Favourite, Bikin Fans Puas!


BLUE Live in Malaysia di Dewan Wawasan, Kuala Lumpur


By Syafiqah Azman

Membawakan lagu-lagu All Time Favourite, tidak hairanlah mengapa Blue berjaya memberikan kepuasan buat lebih 2,000 fans yang membanjiri konsert mereka, Blue Live in Malaysia di Dewan Wawan, Menara PGRM, Kuala Lumpur. 

Walaupun sudah 20 tahun Blue ditubuhkan dan mereka bukan lagi di kalangan usia remaja, namun ahli-ahli boyband Blue masih tampak muda dan mereka masih mampu beraksi dengan penuh energetik seperti mana saat-saat dahulu dan persembahan vokal mereka juga masih tip top. 

Mungkin itulah yang menyebabkan Blue masih mampu kekal relevan hingga sekarang walaupun muncul boyband -boyband baru dan aliran muzik baru seperti EDM yang sudah mula menguasai industri muzik dunia. 

Lagipun peminat mereka masih ada dan muzik yang mereka bawakan masih diminati ramai. Rata-rata yang datang menyaksikan Blue Live in Malaysia adalah dari kalangan peminat yang membesar dengan lagu-lagu kumpulan boyband. 

BACA: 'British Boyband BLUE Bakal Gegar Kuala Lumpur

Maka, tidak hairanlah jika 2,400 tikey yang habis dijual dipenuhi oleh fans Blue semata-mata. Terutama di kalangan wanita. Memang menjadi kegilaan wanita la senang cerita. 


Blue memulakan persembahannya dengan lagu pertama mereka iaitu ‘Sorry’ dan menutupi persembahan mereka dengan lagu ‘hit’ dan ‘all time favourite’ dari peminat iaitu ‘All Rise’. Rasa macam terharu dan nak menangis pun ada bila dapat saksikan mereka membuat persembahan. 


Kumpulan british ‘boyband’ Blue terdiri daripada empat orang iaitu, Simon Webbe, Lee Ryan, Duncan James dan juga Anthony Costa. 

Ternyata ini bukan kali pertama mereka berada di Malaysia kerana Lee Ryan berkongsi bersama peminat bahawa Malaysia adalah negara di mana dia membuat tatu pertamanya. 


“I got my first tattoo in KL,” sambil menunjukkan tatu di bahagian leher belakang badannya. 

Pada malam tersebut juga Simon meluahkan perasaannya tentang apa yang membuatkan mereka terus berjuang dan tidak pernah berputus asa dalam industri muzik. 

“There was a point in our career where things have slowed down a little bit for us guys. We want to take a different route with this one. But there is one thing I always say that is stopping us from quitting and this song explains everything,” katanya sebelum menyanyikan lagu Curtain Falls. 

Apa-apa pun, persembahan mereka semalam memang benar-benar memukau penonton! Langsung tidak rugi kerana telah pergi dan menonton mereka membuat persembahan. Malaysia love you, Blue!