Kronologi Drama Kisah Cinta Luna Maya, Reino Barack, dan Syahrini


Syahrini, Luna Maya dan Reino Barack


Penyanyi Indonesia Syahrini telah pun melangsungkan pernikahan dengan bekas kekasih Luna Maya iaitu Reino Barack  di Masjid Camii, Toko di Jepun pada 27 Februari lalu, namun hingga saat ini masih ramai yang beranggapan bahawa dia adalah orang ketiga yang telah menjadi penyebab putusnya hubungan Luna Maya dengan Reino Barack.

Status posting 'makan teman lagi hits' yang dimuatnaik Luna Maya telah menguatkan lagi spekulasi dan telahan tersebut di kalangan  pengguna media sosial di Indonesia. 

Malah, baik Luna Maya mahu pun Syahrini yang turut digelar sebagai Princess Syahrini di dalam laman Instagram turut berbalas sindiran, padahal kedua-duanya pernah akrab dan menjadi sahabat baik. 

Jadi, apakah benar Syahrini telah menjadi orang ketiga dengan menikam bekas teman baiknya, Luna Maya dari belakang dan merampas Reino Barack? Untuk mengetahui hal ini, jom kita lihat kronologi cinta segitiga mereka. 

1. Luna Maya putus cinta dengan Reino Barack


Setelah 5 tahun menjalinkan hubungan cinta dengan Reino, Luna telah membuat pengakuan bahawa dia sudah pun putus cinta dengan jejaka kacak itu. Luna telah menyampaikan perkhabaran itu menerusi posting di Instagramnya. Dia telah menyampai rasa terima kasihnya kepada Reino sepanjang hubungan cinta mereka terjalin dan meminta maaf adi atas segalanya. Malah, Luna juga turut mendoakan agar Reini akan selalu beroleh kebahagiaan. 

2. Reino Barack luah rasa kecewa terhadap Luna Maya


Setelah mengakui bahawa Luna telah memutuskan hubungan cinta mereka, Reino mengakui bahawa dirinya telah dikecewakan Luna sepanjang 5 tahun mereka menjalinkan hubungan. Namun, Reino tidak menjelaskan secara perinci tentang hal-hal lain yang membuatkan dirinya kecewa oleh Luna. 

3. Reino belum sedia berumahtangga, punca Luna Maya putuskan hubungan 

Menurut salah satu laporan media, antara sebab-sebab mengapa Luna Maya memutuskan hubungan cinta mereka adalah kerana Reino masih beum bersedia untuk mendirikan rumahtanga.  Reino dikatakan masih mahu memberikan fokus terhadap pekerjaannya, manakala Luna sudah bersedia untuk melanjutkan hubungan mereka ke jinjang pelamin. 

4. Luna Maya mohon maaf kepada ibu bapa Reino 

Walau sudah memutusan hubungan, namun Luna masih belum move on dengan perpisahannya itu. Selebriti jelita berusia 35 tahun ini mengakui bahaa hubungannya dengan reino selama ini telah terhalang oleh ibu bapa Reino dan dia telah memohon maaf kepada mereka kerana usahanya untuk meluluhkan hati mereka tidak berhasil. 

5. Muncul instagram story Luna Maya “makan teman lagi hits”