“Ibu telah menghembuskan nafas terakhir….” – Adibah Noor


Ibu kepada Adibah Noor, Norlia Abd. Majid telah pergi bertemu Sang Pencipta


By Syafiqah Azman

Setiap yang hidup pasti akan kembali kepadaNya. Takziah buat pelakon, penyanyi dan pengacara, Adibah Noor atas kehilangan ibu tercintanya semalam. 

Menerusi sosial media Twitter dan Instagram, Adibah sempat memuat naik beberapa posting berkongsikan berita duka itu kepada netizen. 


“Ibu kami, Puan Hajjah Norlia Abd. Majid telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 12.30 malam tadi,” tulisnya di posting berkenaan. 

Dalam entri yang sama, Adibah memberitahu jenazah akan dibawah ke Masjid Al-Ansar, Taman Keramat, Kuala Lumpur untuk pengurusan dan juga solat jenazah pada jam 9 pagi tadi. 

Rata-rata peminat dan pengikutnya mengucapkan takziah kepada penyanyi tersebut. 


Takziah buat Adibah dan seisi keluarga di atas pemergian ibu daripada team Youth Connect. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, amin Insya Allah.