Wah....Betulkah Elfira Loy Sudah Hamil?


Elfira Loy dan suami, Faris Khairol Anuar di majlis resepsi mereka di Melaka


By Syafiqah Azman

Tamat sudah kelima-lima majlis resepsi buat pasangan pengantin baharu ini tempoh hari. Pelakon, Elfira Loy dan suami, Faris Khairol Anuar mengadakan majlis resepsi kelimanya di Melaka pada Sabtu lalu. 


Majlis yang diadakan di Wedding Village by Audra Rahman itu merupakan satu permintaan dari nenek Faris sendiri dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapatnya sahaja. 

Dalam sibuk pasangan tersebut memuat naik foto di laman sosial Instagram, timbul pula spekulaasi baru yang dibangkitkan sesetengah netizen mengenai Elfira. Kononnya Elfira sedang hamil dan isu ini tercetus setelah mereka melihat perubahan yang berlaku terhadap susuk tubuh badan Elifira.  Eh betul ke?


“Elfira mengandung ke? Macam dah ada isi je…,” tulis salah seorang netizen. 


Tetapi ada juga netizen yang menafikan dan menyatakan mungkin baju yang dibuat untuk majlis resepsi itu agak kecil dan jenis kain baju tersebut agak sedikit kembang dan tebal. Mungkin juga, tak gitu? 

Walau bagaimanpun, sehingga ke harini tiada apa-apa lagi berita atau kenyataan dari Elfira sendiri mengenai isu tersebut. 

Tidak mengapa, kita doakan yang baik-baik sahaja. Kalau ada rezeki, Insya Allah ada lah Elfira dan Faris junior ya tidak lama lagi.