Syamsul Yusof, Puteri Sarah Bakal Timang Anak Perempuan


Puteri Sarah dijangka bakal bersalin 19 Mac ini


By Syafiqah Azman

Pernah menjadi seorang pelakon, Puteri Sarah yang merupakan isteri kepada pengarah popular, Syamsul Yusof kini sedang menunggu kelahiran cahaya mata keduanya dan dia dijangka bersalin anak perempuan pada 19 Mac ini. 

BACA: Syamsul Yusof Bikin 'Mat Kilau' Gempak

Puteri Sarah, 34 menyatakan rasa syukur dan teruja dengan kehamilan keduanya apabila doktor mengesahkan jantina bayinya adalah perempuan. 

Tidak ketinggalan, Puteri Sarah turut berharap segala urusan dan proses kelahiran kali ini dipermudahkan buatnya. 

Satu perkongsian yang dikongsi menerusi Harian Metro, Puteri Sarah turut berharap bahawa dia dapat bersalin secara normal namun dia berserah semuanya kepada doktor kerana kelahiran pertamanya adalah secara pembedahan. 


Mesti Syaikul tak sabar nak jadi abang ni, betul tak? Lagi berapa hari sahaja lagi buat Puteri Sarah dan Syamsul Yusof bakal menimang cahaya mata kedua. 

Dalam perkongsian yang sama, Puteri Sarah yang dahulunya selesa tinggal bersama keluarga mentua selama lima tahun, kini dia dan keluarganya telah tinggal berasingan. 


“Suasana tinggal berasingan memang berbeza, dan kena lebih berdikari. Walaupun keluarga mentua tak mahu kami pindah tapi sayang pula dah ada rumah sendiri, lagi pula anak nak masuk dua, jadi tidak manis pula duduk bersama,” jelasnya. 

Betul juga apa yang Puteri Sarah katakan. Tidak salah untuk tinggal bersama keluarga mentua cuma mungkin kelihatan sedikit tidak manis jika dah ada anak sendiri. Betul tak? Ke ada netizen yang berfikiran berbeza? 

Puteri Sarah atau nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan pengarah popular, Syamsul Yusof mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Syaikhul Islam. 

Macam mana pun, semoga segalanya berjalan dengan baik dan lancar buat kelahiran cahaya mata baru Puteri Sarah dan Syamsul Yusof. Semoga diberikan kesihatan sempurna buat ibu dan juga bayi. Insya Allah.