Syahrini Bukan Orang Ketiga, Reino Mengenalinya di Amerika!


Syahrini dan Reino


Penyanyi Syahrini dan Renio Barack sudah pun bernikah dan menjadi pasangan suami isteri setelah beberapa bulan menjalinkan hubungan cinta. Kedua-duanya telah mengadakan majlis akad nikah di Masjid Camii, Tokyo di Jepun pada 27 Februari 2019.

 

Namun pernikahan mereka mengejutkan banyak pihak kerana sebelum itu Reino Barack baru sahaja berpisah dengan aktres Luna Maya pada September 2018 setelah bercinta selama lebih kurang lima tahun.

 

Kebetulan pula, Syahrini dan Luna Maya pernah akrab dan menajdi sahabat baik, maka ramai yang menganggap Syahrini adalah ‘orang ketiga’ dan punca hubungan cinta Reino dan Luna kandas.

 

Malah, sebagai sahaja hubungannya dengan Luna Maya putus, Reino terus rapat dan dekat dengan Syahrini sehingga mereka tidak sembunyikan langsung percintaan mereka kepada umum.

 

Cuma  ketika itu ramai yang masih ragu-ragu dengan status hubungan mereka, lebih-lebih lagi dengan status Reino yang baru sahaja putus cinta dengan Luna Maya.

 

Sebetulnya bagaimana perkenalan Syahrini dengan Reino Barack?


 

Menurut Tribunnews dari Tribun Jakarta, Syahrini dan Reino sudah lama berkenalan iaitu pada 2016.  Sebelum itu, Luna pernah memberitahu umum bahawa melalui dirinya, Syahrini mengenal Reino.

 

 Ternyata hal itu itu dibantah oleh Reino.

 

 Kata Reino Barack, dia pertama kali berkenalan dengan Syahrini ketika kedua-dua mereka berada di Amerika Syarikat pada 2016.

 

Pengusaha muda ini berada di Negara tersebut kerana mahu merayakan ulang tahun kelahiran ayahnya, Rosano Barack.  Kebetulan Syahrini dan Reino berada di tempat yang sama.

 

 "Saya sedang duduk dan minum-minum kemudian bahu saya ditepuk oleh seorang teman. Saya pun ikut gabung, jalan-jalan. Ketika itu, datang Syahrini. Saya dikenalkan dengan dia.

 

“Saya masih ingat lagi, dia baru sahaja landing di Amerika. Saya bersalaman dengan dia dan meperkenalkan nama saya,” katanya.

 

Pertemuan pertama tersebut bagaimanapun hanyalah sebagai perkenalan biasa kerana dia dan Syahrini sama-sama memiliki pasangan kekasih. Ketika ini, Reino masih menjalinkan hubungan cinta dengan Luna.

 

Reino juga mengakui bahawa selepas pertemuan tersebut, dia sama sekali tidak pernah berhubungan dengan Syahrini.  Namun, dia kembali bertemu Syahrini pada September 2018.

 

“Ketik itu saya menghadiri konsert Syahrini. Saya tidak ingat tarikhnya. Tapi saya membeli tiket di barisan hadapan yang berharga RP25 juta,” katanya.

 

Reino kemudian menyampaikan ucapan apresiasi kepada Syahrini menerusi adik Syahrini iaitu Aisyahrani.

 

Tapi Aisyahrani kemudian memberikannya nombor telefon Syahrini dan memintanya terus berhubung dengan Syahrini. Sejak itu, mereka sering berkomunikasi dan menjadi bertambah rapat sehingga melahirkan bibit-bibit cinta.

 

Kini mereka telah pun menjadi pasangan suami isteri selama dua bulan.