Maher Zain Malaysia Tour 2019 Bersama CIMB Islamic


Maher Zain kembali dengan konsert jelajahnya di Malaysia


By Syafiqah Azman

Siapa sahaja tidak mengenali penyanyi terkenal yang sering mendendangkan lagu islamik dengan merdu sekali ni betul tak? 

Terkenal ddengan lagu hitnya, Insha Allah, Maher Zain yang kini berada di Malaysia menyatakan rasa terujanya kerana dapat bersama dengan peminat dan mencipta memori bersama mereka.


“Saya berasa gembira dapat kembali ke Malaysia untuk membuat persembahan. Kali ini sebanyak empat negeri yang terlibat dalam konsert jelajah ‘Maher Zain Malaysia Tour 2019’,” jelasnya ketika ditemui di sidang media bertempat di Hilton Hotel, Kuala Lumpur. 

Konsert jelajah yang bermula di Axiata Arena pada 9 Mac ini akan turut diadakan di Pasir Gudang, Johor (15 Mac), Spice Pulau Pinang (16 Mac) dan Universiti Malaysia Sabah (17 Mac). 

Haa empat negeri sekali Maher Zain kaut! Mungkin nanti akan datang Maher Zain akan sambung pula negeri-negeri yang lain? 


Dalam sesi sidang media yang sama, Ketua Pegawai Pemasaran CIMB Group, Mohamed Adam Wee Abdullah yang merupakan penganjur bagi ‘Maher Zain Malaysia Tour 2019’ berkata ‘venue’ yang dipilih merupakan tempat yang menjadi banyak tumpuan dan pada masa akan datang, tidak mustahil untuk mereka membuat konsert jelajah tersebut ke seluruh negara. 

“Seperti yang kita tahu, ramai peminat Maher Zain di Malaysia dan ini merupakan satu permulaan daripada pihak penganjur supaya pada masa akan datang, Insha Allah ia tidak mustahil buat Maher Zain untuk membuat konsert jelajah kesemua negeri,” jelas Mohamed Adam. 

Pada tahun 2016, penyanyi Sweeden keturunan Lubnan ini mengadakan persembahan di Malaysia bersempena kelahiran album One dan sudah tentu itu bukan kali terkahirnya dia menjejakkan kaki ke Malaysia kerana kini dia kembali untuk menghiburkan peminat selama dua jam setengah di keempat-empat buah negeri. 

Pada mereka di luar sana, jangan lupa untuk dapatkan tiket secara atas talian ‘Maher Zain Malaysia Tour 2019’ di www.tixmalaysia.com dan jangan khuatir, peminat juga boleh dapatkan tiket di Stadium Axiata Arena pada 9 Mac ini sebelum berlangsungnya konsert tersebut.