Badan Sasa Sawo Matang Putera Mateen Bikin Warga Net Berfantasi!


Prince Mateen


Sebuah posting yang dimuat naik Putera Mateen di Instagramnya yang menampakkan sosok badannya yang ‘separuh bogel’ (half naked) telah berjaya menarik warga net.

 

Apa tidaknya, dengan bentuk badan  sasa beserta 6 packs abs yang tidak keterlaluan  dan kulit sawo matang yang serata,  Putera Mateen kelihatan begitu kacak  walaupun masih kebasahan selepas  mandi air laut.

 

Patutlah ramai warga net yang tidak keruan. Siap minta lagi putera diraja Brunei ini membalas mesej mereka. Ada juga yang mahu Prince Mateen mengajak mereka keluar.  Lucu betul….

 

Tidak kurang juga yang bertanya di manakah tempat percutian Prince Mateen itu kerana pantainya sangat cantik. Terutama ssekali apabila Prince Mateen memuat naik pantai yang menjadi tumpuan jerung (sharks points). Scary...



 

Ada beberapa warga net memberitahu bahawa pantai itu terletak di Amanpulo, Palawan di Filipina dan Prince Mateen sengaja tidak meletakkan lokasinya kerana mahukan privasi.

 


Amboi..untunglah siapa yang berhasil menemukan Prince Mateen ya…