Hanif Beri Kejutan Hadiah Nilai RM600,000 Buat Anzalna Nasir


Hanif hadiahkan kereta mewah RM600,000 buat Anzalna


By Syafiqah Azman

Wah beruntung betul badan ya bila suami tersayang buat kejutan untuk isteri tercinta ni! 

Terkini, suami kepada pelakon, Anzalna Nasir iaitu Hanif Zaki telah membuat kejutan terhadap isterinya dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah yang berharga RM600,000. 

Bukan calang-calang kereta ni beb!

Kereta mewah yang merupakan hadiah Hanif buat Anzalna bagi ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga itu adalah sebuah kereta Maserati Ghibli. 


Menerusi Instagram Hanif, dia memuat naik satu foto bersama Anzalna dan menunjukkan hadiah kejutan berserta kapsyen menyatakan bahawa kejutan adalah lebih bermakna daripada janji. 

“Because surprises are better than promises,” tulisnya. 

Dalam pada masa yang sama, Anzalna yang ternyata gembira dengan kejutan suaminya meninggalkan komen di foto tersebut. 


“My dream car and my dream man. Dreams do come true,” tulis Anzalna. 

Mungkin ini juga merupakan hadiah Hanif kepada Anzalna di atas kelahiran cahaya mata sulungnya tidak lama lagi. 

Bagaimanapun, tahniah Anzalna! Murah rezeki Anzalna tahun ini. Sang suami kat luar sana tu bagi apa kat isteri? Tak kisah la bagi apa janji jangan bagi pening kepala okay?