10 Selebriti Wanita Ini Adalah Inspirasi Negara- Selamat Hari Wanita Sedunia!


10 wanita menjadi inspirasi negara serta dunia


By Syafiqah Azman

Sempena Hari Wanita Antarabangsa minggu ini, team Youth Connect telah menyenaraikan 10 wanita yang bukan sahaja bekerjaya malah menjadi sumber inspirasi buat orang ramai. Nak tahu siapa, jom kita lihat! 

1. Tan Sri Datuk Seri Michelle Yeoh 


Pelakon yang berasal dari Ipoh, Perak ini merupakan seorang yang disegani di dalam dunia hiburan antarabangsa. Kalau anda nak tahu, Michelle Yeoh pernah memainkan watak bagi salah satu filem James Bond (1997) ‘Tomorrow Never Dies’. Hebat bukan? 

Bukan itu sahaja, selain bergiat aktif dalam bidang seni hiburan antarabangsa sehingga kini, Michelle Yeoh juga melibatkan diri dalam menyertai aktiviti sukarelawan bersama belia di Malaysia. Beliau juga merupakan mentor 1Malaysia For Youth (1M4U) yang pertama! 

2. Puan Seri Tiara Jacquelina


Dikenali dengan watak popularnya, Puteri Gunung Ledang, wanita berkacukan Myanmar, Melayu, Indonesia dan Cina ini merupakan seniwanti negara kerana minatnya terhadap dunia seni. 

Keghairahan dalam dunia seni filem dan teater mendorongnya untuk mencipta semula pengalaman dan perjalanan pasukan bola sepak Harimau Malaya pada Sukan Olimpik 1980. 

Sebagai seorang penyanyi dan pelakon, beliau senang apabila Ola Bola Musical ini dijadikan sebagai batu loncatan buatnya menjadi penerbit dan juga pengarah bagi persembahan teater paling popular di Malaysia ini. 

Malah, Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir turut memuji dengan menyatakan Ola Bola Musical adalah persembahan teater yang terbaik pernah di tontonnya di Malaysia. 

3. Datuk Sri Siti Nurhaliza 

Dari suaranya pun kita sudah tahu ia milik siapa. Penyanyi nombor satu negara ini menjadi buah hati rakyat Malaysia bukan hanya kerana suaranya sahaja malah kesantunannya dalam menutur kata bersama peminat. 


Tidak hairanlah jika Siti menjadi pujaan ramai, lihat sahajalah gelombang peminatnya yang bukan sahaja dari Malaysia, malah Indonesia, Brunei dan juga Singapura. 

Siti juga pernah membuat beberapa persembahan di luar negara seperti London, Australia, Brunei, Singapura dan juga Indonesia. Memang ternyata usahanya selama lebih dari tiga dekad ini membuahkan hasil yang tidak dapat ditandingi oleh penyanyi lain. 

Kini, Siti bukan hanya seorang penyanyi tersohor malah beliau juga merupakan seorang ahli perniagaan bagi jenama kosmetiknya, Simply Siti dan juga ibu kepada seorang puteri, Siti Aafiyah. 

4. Noor Neelofa Mohd Noor

Bermula langkahnya dengan menjuarai Dewi Remaja 2009/2010, kini, beliau bukan sahaja seorang pelakon dan pengacara, malah merupakan seorang ahli usahawan berjaya dan menjadi ikon dalam dunia fesyen antarabangsa. 


Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan serta fesyen. Sering menjadi muka hadapan dalam majalah kerana fesyen unik dan ber’stail’nya yang mampu mencuri tumpuan ramai. 

Bukan itu sahaja, pengasas bagi Naelofar Hijab ini pernah terpilih sebagai salah seorang 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017. Selain menjadi duta buat Swarovski, Neelofa juga merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif bagi syarikat penerbangan AirAsia. 

5. Maya Karin Roelcke


“Bila bunyi bersatu kau milikku.” Masih ingat lagikah skrip ini? Kalau anda masih ingat terhadap bait-bait kata tersebut, anda boleh dikategorikan sebagai seorang peminat tegarnya. Daripada seorang pelakon, kini Maya Karin adalah seorang aktivis kerana rasa cintanya terhadap alam semula jadi. 

Sering melibatkan diri secara aktif dengan menyertai pelbagai kempen perlindungan alam sekitar dan hidupan liar, beliau sering bekerja bersama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Tabung Hidupan Liar Sedunia.