Wah, muda-muda dah jadi lady boss!


Gambar sekadar hiasan - Google


By Nadhirah Sofea Rashid

Menjadi usahawan muda bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan semangat dan keyakinan yang jitu. 

Tambahan pula apabila menjadi usahawan ketika sedang belajar. Pasti sukar, bukan?!

Ada juga segelintir berpendapat seorang pelajar perlu memberi fokus penuh pada pelajaran.

Namun, dua wanita hebat ini berjaya dalam mengimbangi pelajaran dan juga bisnes!

Helesya Hilda atau lebih dikenali Helesya giat menjayakan perniagaannya dalam bidang fesyen.

Walaupun melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah, Helesya tetap berusaha dan bersemangat untuk mengeluarkan produk sendiri.

Tertanya-tanya juga kenapa Helesya pilih untuk berniaga?

"Saya memilih untuk menubuhkan perniagaan sendiri kerana saya ingin menjadi boss kepada diri saya sendiri. Menjadi bos kepada diri sendiri juga memberi saya lebih banyak peluang bersama keluarga dan rakan-rakan, berbeza daripada kita makan gajikan?," ujar Helesya.

Gadis berumur 24 tahun ini juga memilih hijab atau Hilda Scarf sebagai produk tunjang kerana bagi Helesya majoriti rakyat Malaysia merupakan pemakai hijab.

"Saya memilih hijab sebagai produk saya kerana 'market' perniagaan itu sendiri. Walaupun banyak lagi jenama-jenama hijab yang berjaya di luar sana, saya yakin konsep yang saya tawarkan iaitu 'millennial' dapat menembus pasaran," ujarnya. 

Mempunyai bangunan, tempat menjahit sendiri dan lima orang pekerja, gadis ini telah mengeluarkan pelbagai jenis rangkaian hijab.

Helesya yang berasal daripada Kuala Lumpur, juga berkongsi cabaran belajar sambil berniaga. 

"Ianya bukanlah mudah untuk belajar dan pada masa yang sama perlu bahagikan fokus kepada bisnes, namun bagi saya, jika kita ada semangat dan minat yang kuat, kita boleh melakukan apa sahaja walaupun pelbagai cabaran menimpa. Saya rasa bertuah kerana saya ada keluarga dan rakan yang menyokong kuat.

"Sebagai seorang usahawan muda, saya sering membuat kajian tentang dunia fesyen, dan pelajari ilmu-ilmu pemasaran. Tidak lupa juga berdoa dan jangan putus asa," tambah Helesya yang juga merupakan graduan dalam bidang pengiklanan.

Dari segi fotografi, Helesya dan rakan-rakannya memilih konsep minimalis kerana yakin konsep inilah yang menjadi trend dalam kalangan millennials masa kini.