Aishah Sinclair Antara 35,000 Peserta Yang Berjaya Masuk Larian Tokyo Dunia


Aishah Sinclair berjaya menamatkan larian dunia, Tokyo Marathon 2019


By Syafiqah Azman

Siapa yang tidak kenal dengan wanita anggun, berwibawa serta meminati aktiviti larian atau marathon ini? Pengacara, pelakon dan juga model, Aishah Jennifer Sinclair yang baru sahaja menyertai Tokyo Marathon menyatakan rasa terharu dan syukurnya kerana berjaya menamatkan larian tersebut. 


Menerusi Instagram, Aishah sempat memuat naik beberapa foto untuk berkongsi bersama peminat dan pengikutnya. 

“Dalam setiap pengakhiran perlumbaan besar seperti ini, tidak dinafikan ia rasa senang dapat menyambut kejaayaan yang telah diperolehi tetapi hakikatnya bagi seorang ibu yang sibuk seperti saya, ia memerlukan ramai orang ‘di belakang’ untuk membolehkan saya tamatkan larian ini ke penghujung garisan,” tulisnya di kapsyen. 

Menerusi entri yang sama, anak kedua daripada keluarga Sinclair ini turut mengucapkan rasa syukur kerana tanpa keluarganya dia tidak mungkin dapat mengecapi kejayaan seperti sekarang. 

“Saya pasti tidak akan dapat lakukan segala latihan dan memasuki acara ini tanpa adanya keluarga saya kerana saya berasa tenang jika mendapat tahu anak perempuan saya di bawah jagaan mereka.” 


Aishah yang berasa terharu turut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan peminat yang sering memberikan kata-kata positif kerana ia sedikit sebanyak menyuntik semangat dalam dirinya.