“Hentikan fitnah tidak berasas, sebelum tindakan dikenakan” – Aliff Aziz


Aliff Aziz kecewa dengan fitnah yang disebarkan oleh netizen


By Syafiqah Azman

Semalam kecoh seketika sosial media apabila ada individu mendakwa ternampak pelakon dan penyanyi Aliff Aziz bersama Oktovia Manrose berpegangan tangan di sebuah pasaraya. 

Memang kecohlah, sehinggakan ramai netizen yang meninggalkan komen memanggil Oktovia dengan nama ‘octopus’. Amboi bukan main netizen ya! 

Tetapi hari ini, menerusi ruangan Instagram story, Aliff memuat naik satu kenyataan menyatakan dakwaan itu adalah fitnah semata-mata.


Tambah Aliff lagi, dia yang kini berada di Singapura sejak dua hari lalu kerana ingin bertemu keluarga berasa kecewa apabila ada pihak yang menyebarkan fitnah sebegitu.

Pada entri yang seterusnya, Aliff memuat naik satu paparan skrin menunjukkan akaun dan posting daripada individu berkenaan. 


“Kepada Cik Sara, hentikan fitnah awak ni, sebelum ada pihak yang mengambil tindakan terhadap awak,” tulisnya. 

Haa kan dah kena! Berani lagi sebar fitnah. Kalau tidak pasti tentang sesuatu perkara jangan memandai post di sosial media, lagi-lagi kalau tiada bukti kukuh! Tak memasal kena saman percuma je nanti.  

Akaun milik individu terbabit tidak dapat lagi ditemui mungkin kerana sudah ‘deactivate’. Orang cakap kerana mulut badan binasa, ni kerana jari gatal menaip benda tidak betul dah dapat malu. 

Terdahulu, dunia hiburan digemparkan sekali lagi dengan berita kecurangan Aliff Aziz apabila isterinya, Bella Astillah mendapat tiga video dari sebuah pihak yang menunjukkan Aliff bersama seorang pelakon, Oktovia Manrose di sebuah kelab malam. 

BACA: 'Aliff buat hal lagi....' - Bella Astillah 

Aliff dan pasangannya Bella telah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata, Ayden Ardean.