8 Lagu Ini Khusus Dicipta Buat Wanita - Selamat Hari Wanita Sedunia!


Sheila Majid, Rossa, Bunga Citra Lestari, Salamiah Hassan


Selamat Hari Wanita Sedunia 2019 buat semua wanita. Sempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia yang disambut seluruh dunia, Youth Connect himpunkan 8 lagu yang khusus dicipta khas buat golongan wanita. 


Ada di antaranya yang mengangkat martabat wanita, ada yang memuji kecantikan wanita, ada yang memuja wanita dan ada yang mencetuskan rasa terima kasih dan syukur kerana menjadi wanita yang bahagia.  Tidak kurang juga yang meluahkan rasa dek kerana kekhilafan diri. Jom kita check it out lagu-lagu ini. 


1.     Salamiah Hassan – Wanita


 

Inilah lagu tentang wanita yang terbaik yang pernah dihasilkan di dalam industry muzik tanah air kita kerana ia benar-benar mengangkat martabat seseorang wanita.

 

Ia menceritakan tentang bagaimana tabahnya seseorang wanita menghadapi segala cabaran demi cabaran yang yang dilalui dengan bebanan tugas yang tidak pernah berakhir.


2.     Sheila Majid – Wanita (1989)


 

Konsep lagu ciptaan Mac Chew ini ada sedikit persamaan dengan lagu Wanita yang dipersembahkan Salamiah Hassan. Cuma bezanya, ia turut menyuntik tentang sifat dan keperibadia wanita yang sentiasa penuh dengan kelembutan dan santun dan apa yang penting wanita sentiasa menjadi sumber ilham buat semua insan di dunia ini.

 

 3.     Hey Ladies – Rossa (2009)


 

Pernah berhadapan dengan masalah rumahtangga apabila bekas suaminya sendiri mencurangi dirinya, Rossa kemudian muncul dengan lagu ini untuk mengingatkan semua wanita jangan mudah ikutkan hati dan perasaan apabila bercinta dengan lelaki kerana tidak semua lelaki mudah dipercayai.  

 

4.     Wanita Terindah - Bunga Citra Lestari (2015)




Ini adalah lagu luahan Bunga Citra Lestari (BCL) buat suaminya, Ashraf Sinclair.  Dalam lagu ini, BCL menyatakan rasa terima kasih dan  rasa syukunya kepada Tuhan kerana dipertemukan dengan seorang lelaki dan suami seperti Ashraf. 

 

Baginya, Ashraf benar-benar melengkapi hidupnya dan rasa cinta yang disiram dsan dibajai Ashraf benar-benar membuatkan dirinya bahagia.  Well, hidup manusia memang dijadikan berpasangan. Seorang lelaki tidak akan mampu berdiri tanpa wanita dan begitulah sebaliknya. Kejayaan dan kebahagian seorang wanita juga bertitik tolak kepada seorang lelaki. 

 

 5.     Ahmad Albar- Gadis Melayu (1970-an)




Lagu nyanyian asal vokalis Godbless, Ahmad Albar ini telah dirakamkan semula oleh Othman Hamzah pada 1982, disusuli dengan Jamal Abdillah dan Mawi.

 

Othman Hamzah telah berjaya mempopularkan lagu yang memuja tentang kejelitaan gadis Melayu yang bukan sahaja memiliki budi bahasa yang baik tetapi juga sentuhan jiwa yang memukau.

 

6.  Teacher’s Pet - Warisan Wanita Terakhir (1994)



 

Lagu ciptaan Bob Lokman ini sebetulnya adalah sebuah lagu luahan hati seorang lelaki yang cukup mencintai seseorang wanita dan bagaimana  lelaki terhadap seorang wanita  si lelaki itu ingin menyerahkan segala jiwa raganya buat si wanita itu. Baginya, wanita itu adalah Warisan Wanita Terakhir.  Sweetkan?

 

 7.     Fattah Amin – Wanita Terakhir



 

Lagu nyanyian Fattah Amin ini dikatakan khas ditujukan buat Neelofa sewaktu mereka masih menjadi pasangan kekasih. Ketika ini Fattah Amin sudah pun bahagia melayari bahtera perkahwinan bersama Fazura.

 

Ia adalah luahan hati si lelaki yang cukup menyintai seorang gadis dan menganggap si gadis itu cukup sempurna buat dirinya dan berharap agar si gadis itu akan menerima cintanya

 

8.  Krisdayanti - Aku Wanita Biasa (2009)




Lagu ini dirilis sewaktu setelah Krisdayanti menjalinkankan hubungan dengan suami orang yang juga ahli perniagaan  iaitu Raul Lemos sehingga sanggup memohon cerai dari suaminya Anang.

 

Lagu ini seperti bertepatan dengan apa yang berlaku terhadap Krisdayanti yang mana liriknya cuba menjelaskan bahawa dia juga adalah wanita biasa yang tidak lepas daripada melakukan kekhilafan terutama menerusi verse lagu ini: Maafkan aku/Bila hasratku keliru/Sulut gairah jiwamu/Ku yang dosakan cinta. Sesuai sungguh lagu ini untuk wanita yang memahami kekhilafan mereka.

 

Selepas kontroversinya itu tercetus, Krisdayanti kemudian mengahwini Raul Lemos yang kemudian sanggup menceraikan isterinya, Sechah Sagran. Krisdayanti kini bahagia dengan perkahwinan keduanya itu.