Maya Karin Tunjuk Sungai Kotor, Netizen Sedih


Maya Karin ketika aktiviti sukarelawan di salah sebuah sungai di Klang Valley


By Syafiqah Azman

Bintang kesayangan ramai ini sekarang sibuk dengan kerja sukarelawannya. Bagus betul! Bukan mudah nak lihat selebriti buat kerja sebegini, lagi-lagi bila kena berhadapan dengan sampah sarap. 


Pelakon bagi filem Pontianak Harum Sundal Malam, Maya Karin baru-baru ini memuat naik beberapa foto di laman sosial menunjukkan sungai kita yang dipenuhi dengan sampah sarap. Siapa yang buat? Siapa lagi kalau bukan kita semua, betul tak?

“Ini sungai kami. Suka ke tak?” tulisnya. 

Menerusi entri yang sama, Maya dilihat bersama Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai JPS Wan Marhafidz Shah Wan Mohd Noor dan beberapa lagi pegawai yang lain di sungai yang terletak berhampirang Klang. 


Rata-rata netizen yang meninggalkan komen menyatakan rasa sedih melihat sungai dipenuhi dengan sampah sarap. 


Bukan itu sahaja, malah ada sesetengah netizen memuji usaha yang dilakukan oleh wanita kacukan Jerman-Melayu ini dan meminta agar sesetengah pihak membuat satu program kesedaran serta memberitahu orang ramai bahawa air yang kita minum adalah datang dari sumber sungai juga. 


Betul tu…dah kalau sungai kotor, ada ke yang nak minum air tercemar? Betul memang air tersebut akan di proses tapi bukankah mudah kalau kita mencegah sebelum perkara buruk berlaku? 

Terdahulu, Maya juga ada memuat naik satu video ketika aktiviti sukarelawan dilakukan dan apa yang memeranjatkannya adalah apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab telah membuang sofa ke dalam sungai.

Kerana minatnya terhadap aktiviti sukarelawan dan mahu melindungi alam sekitar serta hidupan liar, Maya telah diiktirafkan sebagai Ikon River of Life daripada pihak Kementerian Wilayah Perseketuan baru-baru ini. 

Ternyata apa yang dilakukan oleh pelakon jelita ini bukan sahaja dapat memberi kesedaran malah menjadikannya sekaligus sebagai inspirasi orang ramai. Jadi mari sayangi sungai kita!