Pasal Auvela dan Isu Cerai Dengan Datuk K, Siti Nurhaliza Bengang Dengan....


Dato Seri Siti Nurhaliza


Sejak semalam, warga net dikejutkan dengan berita perceraian penyanyi Dato Seri Situ Nurhaliza dengan suaminya Dato Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) . Kononnya perceraian itu adalah disebabkan kemunculan produk barunya yang bernama Auvela.





Berita perceraian penyanyi tersohor  dengan Dato K juga sama sekali tidak benar dan palsu semata –mata. Malah kemunculan Auvela juga adalah satu penipuan kerana beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang produk dengan nama sedemikian.

 

Nyata sekali ia adalah satu bentuk scam yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

Siti Nurhaliza melalui sebuah kenyataan rasmi yang dikeluarkan SIMPLYSITI berkata, dia berasa amat kesal dengan pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah melakukan aktiviti tida bermoral dan salah di sini undang-undang ini untuk mengaut keuntungan dengan menggunakan nama dan wajahnya untuk menjual produk kecantikan tersebut.






 

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan bahawa saya tidak memiliki atau menjadi duta mana-mana jenama kecantikan atau kesihatan selain daripada jenama saya sendiri iaitu SIMPLYSITI.


 

“Paling mengecewakan saya apabila terdapat pengguna yang terpedaya dengan helah ‘scammer’ ini sehingga mengalami kerugian wang ringgit. Buat pengetahuan semua, produk kecantikan jenama saya, SIMPLYSITI hanya boleh didapati di beberapa cawangan Watsons terpilih dan butik Creation & SIMPLYSITI by Siti Nurhaliza.

 

“Saya berharap dengan penjelasan ini, ia akan dapat mejelaskan sebarang kekeliruan mengenai kejadian scam ini,” katanya yang juga pengasas dan presiden SIMPLYSITI.





 

Malah, produk SIMPLYSITI juga boleh didapati secara talian menrusi web rasmi www.simplysiti.com.my, Shopee serta melalui ahli-ahli SIMPLYSITI elit.