Che Puan Khaleeda Sama Cantik Sama Padan Dengan Christiano Ronaldo?


Che Puan Khaleeda dan Christiano Ronaldo


Aduh! Rasa nak gugur jantung bila tengok gambar Yang Mulia Che Puan dengan seorang jejaka kacak ini. Untunglah Che Puan Khaleeda berpeluang bergambar dengan Christiano Ronaldo.

 

Rasanya satu Malaysia –dari anak kecill, remaja, dewasalah sampailah warga emas sekalipun, pasti ingin bergambar dengan pemian bola sepak dunia yang kacak ini.

 

Dalam posting Instagram yang dimuatnaik Che Puan Khaleeda hari ini, dia bukan sahaja bergambar dengan Christiano, malah turut berjaya mendapatkan tandatangan pemain bola sepak kelab Juventus yang juga kapten pasukan kebangsaan Portugal di atas jersey hitam putih yang tertera nombor 7.

 

Che Puan Khaleeda turut  merakamkan foto jersey yang sudah ditandatangan itu bersama Christiano. Amboi makin bergandalah jeles warganet semua.

 



Rata-rata warganet terkejut apabila melihat posting itu dan berpendapat bahawa Che Puan Khaleeda beruntung kerana berpeluang bertemu dan bergambar dengan Christiano Ronaldo atau singkatannya CR7.

 

Ada yang mengakui jeles bila melihat posting gambar itu kerana mereka juga mahu bergambar dengan CR7. Tidak kurang juga yang meminta Che Puan Khaleeda menyampaikan salam mereka buat CR7.

 

Lucunya ada pula warganet yang berpendapat Che Puan Khaleeda seperti seorang model dan sama cantik, sama padan dengan CR7. Ada-ada sahajakan warganet ni...



 

Mohon suami Che Puan Khaleeda iaitu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail tidak terasa dengan kenyataan warganet mahu pun posting artikel ini.

 

Ampunkan kami TMJ! Sembah kami harap diampun....