Daiyan Trisha Beli Rumah, Bangga Sehingga Menitis Air Mata


Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha


By Syafiqah Azman

Cita-cita seseorang untuk memiliki rumah sendiri sememangnya menjadi satu kejayaan besar dalam hidup. Betul tak? Lagi-lagi kalau kita dah berusaha bersungguh-sungguh. Memang berbaloi titik peluh selama ini. 

Terbaru, penyanyi dan juga pelakon, Daiyan Trisha berkongsi di Instagram mengenai berita gembiranya yang baru sahaja membeli sebuah rumah di usianya hanya 25 tahun! Alhamdulilah dan tahniah buat Daiyan. 

BACA: Wow! Daiyan Trisha Bergabung Dengan Sam Tsui Demi Lagu Baharu 

Penyanyi lagu Langit ini memuat naik satu video untuk dikongsi bersama peminatnya serta berterima kasih kepada mereka di luar sana yang tidak putus-putus  menyokongnya. 

“Alhamdulilah, saya berasa sangat gembira kerana dapat kongsikan berita ini bersama anda semua,” tulisnya. 

Menerusi entri yang sama, Daiyan menjelaskan bahawa dia sudah pun memasang niat mahu membeli rumah ketika usianya 23 tahun akan tetapi kerana usianya yang terlalu muda, dia terpaksa ketepikan dahulu  hasratnya itu dan berusaha bersungguh-sungguh. 

Kalau kita inginkan sesuatu perkara, dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh sudah pasti segalanya akan dipermudahkan. Insha Allah. 

Dalam video tersebut, Daiyan kelihatan agak emosi kerana ini merupakan rumah pertama dan rumah impiannya. Usaha dan penat lelah selama ini ternyata berbaloi buat Daiyan ya! 

Rata-rata netizen turut berasa gembira dengan berita tersebut dan mengucapkan tahniah ke atas dirinya. 

Apa-apa pun tahniah Daiyan, dan buat mereka di luar sana jangan pernah berputus asa untuk mengejar cita-cita anda. You can do this!