Dua Tahun Alex Rodriguez Tunggu, Akhirnya Jennifer Lopez Kata Ya!


Jennifer Lopez (JLo) bersama tunangnya, Alex Rodriguez (A-Rod)


By Syafiqah Azman

Bintang terkenal Hollywood, Jennifer Lopez sudah pun bertunang bersama teman lelakinya, Alex Rodriguez yang merupakan pemain profesional ‘baseball’ New York Yankees. 


Menurut satu sumber, hubungan selama dua tahun itu telah diikat dengan tali pertunangan setelah Alex ataupun lebih dikenali sebagai A-Rod melamar JLo ketika percutian mereka di Bahamas. 

Menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram, JLo kelihatan menunjukkan cincin pertunangannya yang bertatahkan berlian berserta kapsyen yang dipenuhi dengan emoji bentuk hati atau ‘love’.  


Difahamkan cincin berlian itu bernilai $1juta iaitu bersamaan RM4 juta! Menangis dengar harga dia betul tak?

Manakala menerusi Instagram A-Rod sendiri, dia memuat naik gambar yang sama akan tetapi kapsyennya memuatkan ramai tidak sabar untuk melihat perkahwinan mereka. 


“Dia kata setuju..,” tulisnya. 

Sebelum ini, kita dapat lihat pasangan merpati dua sejoli ini di karpet merah Anugerah Oscars di mana mereka berdua kelihatan secocok bila bersama. 

Terdahulu, penyanyi dan juga pelakon, JLo pernah mendirikan rumah tangga bersama Ojani Noa yang hanya bertahan selama setahun. Manakala bersama Criss Judd, hubungan mereka hanya mampu bertahan selama dua tahun apabila mereka mengesahkan untuk tidak bersama lagi pada 2003. 

Seterusnya JLo juga pernah bersama penyanyi, pelakon dan juga produser, Marc Anthony pada tahun 2004 dan hubungan mereka kali ini bertahan selama 10 tahun. 

Bagaimanapun, tahniah buat A-Rod dan JLo!