Faizal Tahir Hilangkan Trademark Zamani.., Fans Tegar Bengang?


Zamani


Segelintir fans tegar Zamani nampaknya telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap Faizal Tahir dan mendakwa bahawa penyanyi yang kini bergelar komposer itu telah melenyapkan trademark stail muzik dan nyanyian Zamani.

 

Aduh! Serius juga dakwaan mereka itu dan ia telah disuarakan melalui platform media sosial selepas Faizal Tahir melalui labelnya, Faithful Music telah memuatnaik muzik lirik video Aduh iaitu lagu baru nyanyian Zamani itu di saluran Faithful Music di Youtube.

 

Lagu ciptaan Faizal Tahir sepenuhnya itu telah dimuatnaik menerusi saluran Youtube itu pada 28 Februari dan selepas seminggu berada di platform tersebut, ia telah mencapai tontonan sebanyak 1 juta lebih dan berada di dalam kedudukan trending Youtube Malaysia ke-11.

 

Berbalik kepada isu lenyap dan hilangnya trademark dan stail muzik dan nyanyian Zamani yang juga adalah vokalis kumpulan Slam,  segelintir fans yang tidak berpuas hati itu berpendapat bahawa lagu Aduh itu masih dibayangi dengan trademark stail muzik dan nyanyian  Faizal Tahir sendiri.

 

Atas sebab itu, mereka turut mengharapkan agar komposer Saari Amri iaitu yang menghasilkan lagu hit Slam seperti Gerimis Mengundang akan kembali menyatu semula dengan Zamani untuk menghasilkan lagu baru.

 

 Apapun, majoriti fans tegar Zamani pula berpendapat bahawa kelainan yang cuba dilakukan Faizal Tahir terhadap lagu itu adalah sangat kena dan sesuai dengan Zamani.



 

Malah, lagu itu juga disifatkan sebagai sesuatu pembaharuan yang segar daripada Zamani dan sangat relevan serta bersesuaian dengan perkembangan muzik semasa. 

 

Apa yang pasti kenyataan fans yang positif terhadap Aduh – Zamani ini memang sangat benar. Aduh..sedap betul Zamani nyanyi lagu Aduh!