Sharifah Amani Bengang Dengan Kenyataan Penerbit Tempatan


Sharifah Amani bengang bila isu rupa dijadikan satu kriteria dalam uji bakat lakonan


By Syafiqah Azman

Pelakon yang terkenal dengan gaya manis dan ‘simple’ berbaju kurungnya, Sharifah Amani baru-baru ini meluahkan rasa bengang apabila ada sesetengah pihak mengeluarkan kata-kata negatif terhadap pelakon yang tiada ‘rupa’. 

Menerusi entrinya di laman sosial Twitter, Sharifah menyatakan rasa tidak puas hatinya apabila ada yang menyatakan tidak usah membuang masa menjadi pelakon kalau tiada rupa. 


Dalam entri yang sama, Sharifah turut kesal dengan sikap pihak tersebut kerana mempunyai mentaliti ‘kelas belakang’. 

“Dengan mentaliti macam ni patut lah kualiti ‘pelakon’ semakin jahanam. Hasil kerja pun makin entah apa-apa, disiplin koyak,” tambahnya. 

Kalau kita lihat realiti industri dunia lakonan sekarang, ada benarnya juga kerana sesetengah syarikat penerbitan filem atau drama tempatan lebih cenderung mengambil pelakon yang mempunyai rupa paras yang cantik dan tampan. Mengapa? Kerana mungkin ‘laku’ untuk dijual. 

Macam orang zaman sekarang cakap, kalau ada rupa semua benda boleh go! Satu realiti yang sedih, tapi memang betul perkara sebegini terjadi. 

Rata-rata netizen sudah pun tahu empunya badan yang mengeluarkan kata-kata tersebut. Jeng jeng jeng!

Pada Ahad yang lalu, penerbit tempatan, Datuk A. Aida memberikan komen yang agak sedikit pedas mengenai peserta yang hadir pada sesi ujibakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019. 

Dalam satu kenyataannya, Aida berkata yang dia mahukan orang seperti Remy Ishak, Syafiq Kyle untuk menjadi pelapis kepada industri lakonan akan datang. 

Tak salah nak cari yang macam Remy Ishak tapi kalau ada rupa, lakonan pun kayu dan ke laut macam mana? Boleh hancur industri lakonan tempatan kita. 

Mungkin penerbit mahupun pengarah tempatan perlu sedar tentang pentingnya bakat dari rupa. Kalau rupa kurang, apa susah, pergi sahaja ‘grooming’ betul tak?