“Rukun Mana Nak Jadi Pelakon Kena Ada Rupa?” – Ogy Ahmad Daud


Ogy bidas Aida, tiada rupa paras cantik dalam rukun lakonan


By Syafiqah Azman

Kecoh seketika dunia hiburan lakonan apabila isu sebegini muncul. Bukan apa kerana ia merupakan satu isu yang sensitif dan sering menjadi perbualan ramai. 

Baru-baru ini, pelakon legenda negara, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy  telah meluahkan perasaan di media sosial berkaitan dengan kenyataan penerbit drama tempatan, Datuk A. Aida  yang disifatkan sebagai rasis dan keterlaluan apabila menyarankan kepada peserta Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019  supaya tidak  membuang masa mencuba jika tiada rupa. 


Ogy menyatakan bahawa kenyataan sebegitu merupakan satu hinaan kepada ciptaan Allah SWT. Tambahnya lagi, kerana isu sebegini dia muncul dengan program realiti ‘Spotlight’ kerana padanya, rupa tidak memainkan peranan sebesar bakat seseorang. 

Ha dengar apa yang legenda kita cakap, jangan ingat muka cantik boleh buat semua benda okay!


Dalam satu entri yang lain, Ogy menjelaskan bahawa di program realiti tersebut tiada sebarang diskriminasi kerana apa yang mereka mahukan adalah bakat yang tulen dan akan digilap oleh mereka. 

Macam satu kata pepatah, berlian kalau tak digilap, takkan terserlah cahayanya. Sama juga seperti mereka di luar sana yang mempunyai bakat tetapi tidak dipilih hanya kerana kriteria rupa lagi disanjung tinggi. 

Bidas Ogy lagi, dia yang sama sekali tidak setuju dengan kenyataan A. Aida itu dan menyatakan bahawa produser drama itu  seharusnya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan jika dia tidak faham mengenai rukun lakonan. 

“Buku atau rukun mana mengatakan nak jadi hero atau heroin kena ada rupa? Juri yang berkata begitu adakah mereka lupa dari mana mereka bermula dahulu,” bidas Ogy. 

Berlakon pun ada rukun okay guys! Jangan main-main dengan Kak Ogy kita ni.