5 Jenama 'Make Up' Halal Antarabangsa Boleh Dibeli Di Malaysia


5 Jenama Solekan Halal


Isu Halal dan Haram ini sememangnya amat dititikberatkan oleh umat Islam. Jenama make up atau solekan yang halal harus lebih daripada sekadar dibuat tanpa bahan yang haram.

 

Pengeluaran produk alat solek perlu mengikuti apa yang dianggap sah dalam Islam yang bermaksud bahawa tidak ada makhluk hidup yang secara tidak adil dicederakan dalam proses penghasilan produk tersebut.

 

Mungkin ada di antara anda yang berfikir bahawa semua jenama kosmetik di Malaysia memegang perakuan halal, kerana bahan-bahan halal dan status bebas kekejaman itu jarang berlaku.

 

Untuk pengetahuan anda, jenama besar seperti MAC, L’Oréal, Estee Lauder, dan Nars sebenarnya telah diuji pada haiwan untuk memenuhi beberapa peraturan atau syarat untuk menjual produk mereka.

 

Selain itu, bahan-bahan yang digunakan untuk membuat produk alat solek seharusnya tidak berbahaya dan diperolehi dari bahan semula jadi. Sekali lagi, bahan-bahan tidak boleh diperolehi daripada haiwan kerana proses pengumpulan boleh mendatangkan kemudaratan.

 

Merujuk pada portal hihalal.com mereka telah mengumpulkan 5 jenama solek halal yang benar-benar vegan dan bebas kekejaman untuk rujukan rakyat Malaysia.

 

 

1. KAT VON D

 


 

Kat Von D merupakan jenama bebas terhadap ujian haiwan dari Amerika ini merupakan salah satu pelopor lipstik matte cair. Semua warna lipstik cecair matte mereka adalah vegan, serta produk terlaris mereka yang lain juga seperti Liner, Lock-It Foundation dan Tattoo Brow juga adalah vegan.

 

2. THEBALM

 



TheBalm Cosmetic diasaskan oleh Marissa Shipman dari San Fransisco, California .Untuk pengetahuan, theBalm mencampurkan estetik retro untuk produk mereka tetapi perkara yang paling penting mengenai jenama solek halal ini ialah mereka tidak melakukan ujian ke atas haiwan dan menggunakan formula vegan untuk kebanyakan produk mereka. Produk theBalm yang paling popular, termasuk Mary-Lou Manizer highlighter, Bahama Mama bronzers, dan Nude Tude eyeshadow palette adalah vegan.

 

3. WET N WILD



 

Ramai antara peminat produk kecantikan menggunakan produk Wet N Wild dari Los Angeles sebagai pengganti untuk jenama yang lebih mahal dan jenama bukan vegan kepada produk Vegan daripada Wet n Wild ini. Sebagai contoh, Warna Lipstik MegaLast Lip Color mempunyai warna yang sama seperti lipstik MAC.

 

4. COVER FX




 

Jenama alat solek dari Kanada ini adalah bebas dari kekejaman haiwan dan 100% vegan. Antara produk terlaris Cover FX ialah Natural Finish Foundation, Mattifying Primer dengan Anti-Acne Treatment, dan the Perfect Setting Powder. Jenama ini menggunakan kaedah Custom Enhancer Drops, dimana ianya merupakan antara kaedah yang berpotensi untuk membuat kulit anda kelihatan berseri dan segar.

 

5. COLOURPOP