Cabaran #TrashChallenge Kini Viral Seluruh Dunia


Cabaran #TrashChallenge jadi ikutan warga Malaysia!


By Syafiqah Azman

Di  laman sosial, memang mudah sesuatu perkara itu tular dan seringkali kita menemui tanda pagar cabaran itu ini. Ada cabaran yang tidak masuk akal dan pula yang sebaliknya. Tidak salahkan jika sesuatu cabaran yang dibuat itu mendatangkan manfaat kepada kita semua, terutama bumi kita? 


Terbaru, tular di laman sosial mengenai satu cabaran iaitu #TrashChallenge di mana orang ramai telah berkongsi gambar sebelum dan selepas di sesuatu tempat yang dipenuhi sampah. 

Cabaran ini mendapat perhatian warga net apabila seorang individu dipercayai telah membungkus beratus beg yang dipenuhi dengan sampah dan mengajak orang ramai untuk melakukan perkara yang sama.  


Boleh dikatakan cabaran ini disahut oleh orang ramai di serata dunia, seperti Nigeria, Thailand, California, dan juga Carolina Utara. Manakala di Nagaland, India, beberapa pelajar memuat naik foto mereka melakukan cabaran tersebut dengan mengutip sampah dan menyertakan sekali tanda pagar #TrashChallenge.